Ingin diluahkan kata tapi ia hanya mampu bermain di awangan mindaku. Sungguh diri ini tidak pernah tahu apa yang dilakukan adalah betul ataupun sebaliknya.Aku hanya mampu mengucap kata ' suka hati, aku ikut jerk' serta 'tak tahu'. Sampai bilakah kata-kata itu mampu bermain di bibir ini. Tidak pernah cuba untuk hidup di atas kaki sendiri. Walau diri ini telah lima tahun berada di sekolah yang memerlukan aku untuk menetap di sana tetapi itu tidak membantuku untuk hidup berdikari. Walau diri ini telah jauh menyeberang laut china selatan, tubuh ini tetap tidak mampu untuk membeli barang sendiri. Sedangkan umur semakin meningkat dewasa, apa yang perlu aku lakukan ? diri ini hanya mampu untuk mengeluh. Lalu menarik laptop ku yang telah digunakan sejak aku berada di asrama lagi dan laju jari jemari ku berlari mengungkapkan kata di atas skrin yang telah sekian lama terbiar dan tersadai tanpa di update. Oleh kerana ketandusan kata untuk aku mengungkapkan segalanya dan hari ini aku kembali dan cuba untuk melakukan sesuatu yang mungkin, tidak pernah aku lakukan.
Mungkin ada yang menyedari tentang cara penulisanku yang cuba aku ucapkan dengan patah kata yang kurang santai. Niat hanya ingin mencuba sesuatu yang baru. Tiba-tiba aku tersedar yang aku perlu belajar dari kehidupan ini. Tapi sepanjang kehidupan ini, apa yang pernah aku pelajari ? Aku menyedari yang hati ini, masih merindui insan tersayang yang jauh nun di peninsular.
Mengapa diri ini sering mengalirkan butir-butir manik di pipi ini saat aku lagi keseorangan. Saat aku menyedari tentang keindahan alam dengan memerhati kelilingku, hati ini rindu pada kasih Ilahi. Diri ini hanya mampu mengenang segala yang telah diri ini lakukan. Kekadang, terasa kesunyian walau masih ada teman yang sentiasa dekat denganku. Tetapi diri ini lebih gemar memendam rasa dan menyembunyikan segala rasa yang ada di lubuk hati. Tiada sebarang alasan mahupun kata-kata yang dapat mengungkap apa yang dirasa umpama lidah yang tidak dapat merasa manis mahupun pahitnya.
Setelah sekian lama, hati ini hanya mampu meluahkannya disini. Inginku berterima kasih kepada sahabat, tetapi lidah ini kelu untuk mengatakannya. Wahai sahabat-sahabatku, terima kasih atas segalanya. Kamu sentiasa bererti di hati ini. Jika diri ini membisu, janganlah engkau bersedih hati kerana diri ini hanya mahu bersendirian, bermuhasabah.
http://jinggaindigoku.blogspot.com/2011/10/sebelas-perkara.html
ReplyDeletekau kena tag. hehe. silalah jawab.