My True Friends

Wednesday, 2 November 2011

CORETAN SEORANG SAHABAT

Kertas putih yang telah lama dibiarkan kosong tanpa ada yang mengisi dan kini jariku laju menari di atas papan kekunci ini, coretan ini hanya ditujukan kepada sahabatku yang tersayang. Coretan ini adalah untuk menyatakan perkataan maaf jika ada yang menyinggung hati dan perasaan kerna sesungguhnya tidak ada sekelumit perasaan benci mahupun marah terhadapmu. Aku hanya memerlukan sedikit masa untuk menenangkan hati ini. Mungkin kerana sikapmu yang agak dingin dengan ku kebelakangan ini membuat diriku ingin menyendiri untuk menenangkan hati.

Maaf atas kesalahanku membuat dirimu mengalirkan airmata kerana persahabatan ini. Sedangkan tali persahabatan sepatutnya menjadikan hidup lebih ceria malah sebaliknya yang berlaku. Mungkin ini adalah dugaan untuk kita mematangkan diri dan lebih mengenali di antara satu sama lain.

Sepanjang hampir 6 bulan persahabatan ini terjalin bersama 5 sahabat yang lain. Aku rindu saat kita melakukan segalanya bersama. Final exam semakin hampir dengan diri kita. Jantung ini tidak pernah berhenti melakukan tugasnya dari mengepam darah keseluruh tubuh ini agar aku dapat meneruskan hidup ini. Semakin hampir peperiksaan, semakin laju jantung ini berdegup dan semakin sibuk kita menghabiskan sisa masa yang ada dengan menelaah buku serta membuat latihan-latihan tutorial yang pernah diberi oleh para lecturer. Kita juga akan berpisah selama lima minggu dan pada saat itu pasti masing-masing akan meluangkan dengan melepaskan rindu yang terbuku bersama orang yang tersayang dan rakan-rakan sekolah.

Aku di sini mengucapkan good luck kepada sahabat-sahabatku DORATHY, JANE, AMIRA and ASREEN. Semoga kita dapat keputusan yang cemerlang di sem ini. Hanya sampai di sini coretan ku. Dan ucapan terima kasih atas persahabatan yang diberikan selama ini.


2 comments:

  1. Kerana kedinginan menjadi kedinginan ini.
    Simpan butir2 mutiara dan luahkan kata2 mutiara.
    Maafkn slh ini.
    [u'll owst b our fwn. :) gluck 4 final exm. ]

    ReplyDelete
  2. Ingin ku luahkan kata-kata
    Tapi lidah menjadi kelu
    Ingin aku berkongsi segalanya
    Tapi hati ini lebih ingin memendam
    Diri ini hanya minta difahami
    Dan maafkan juga kesalahan diri ini
    Kerna aku hanyalah manusia biasa
    Manusia yang tidak sempurna tetapi cuba untuk menjadi yang sempurna...

    ReplyDelete