My True Friends

Sunday, 27 November 2011

Coret-coret

Telah lama aku membiar kertas putih di desktop ini bersarang tanpa ada yang mengusiknya. Kini aku mula mengatur kata di otak ku dan semakin giat neuron-neuron di otak ini menjalan kerja untuk menghantar message ke receptor yang di kehendaki.

Sudah hampir dua minggu aku rasa, aku telah menjejakkan kaki di tanah kelahiranku setelah memerah tenaga untuk menghabiskan pengajian untuk sem pertama ku di bumi kenyalang. Banyak yang aku fikirkan apabila tiba di daerah batu pahat ini.

Rindu ku kepada teman-teman juga masih tak hilang kerana ketika aku menjalani peperiksaan, mereka seronok menikmati cuti-cuti mereka sedangkan aku, setibanya aku di sini, mereka telah menamatkan hari bersenang lenang yang ada. Huh, terpaksa lar aku tempuhinya seorang diri. Even, ada jugak yang sama cuti but mereka sekeluarga bercuti ke Indonesia and ada juga yang melakukan clinical under SPA,so, x boleh nak buat apa lar.

Tengah termenung tetiba teringat lark kat bumi kenyalang iaitu bumi Sarawak. Even, aku tak pernah menjejakkan kaki ke negeri ini sebelum ini tapi aku sangat kagum dengan kedamaian yang ada. Bila aku berada di sana, jiwa aku berasa sangat tenang, lebih-lebih lagi apabila aku dan rakan-rakan pergi ke Sungai Ranchan.

Keluarga makcik aku pernah menceritakan tentang taman rekreasi yang berada di Serian ( di mana kediaman makcik ku terletak walau agak jauh dari tempat rekreasi nie sebenarnya ) . Dalam seumur hidup aku, aku tak pernah merendamkan tubuh ini kedalam air yang mengalir iaitu sungai lar sebenarnya. Terasa kenikmatan dan kepuasan yang selama nie tak pernah aku dapat. Memang betul lar orang kata mandi air sungai nie terasa nikmatnya patut la budak-budak dekat kampung suka mandi kat air sungai.

Perjalanan kami agak lama seperti mahu pergi ke Serikin yang mengambil masa lebih kurang 2 jam tapi kami tetap sampai ke destinasi yang dituju walau pada mulanya kami mengalami kesukaran kerana tidak dapat mengenal pasti jalan seperti yang tertera di atas peta.

Mungkin perjalanan ini akan menjadi lebih seru jika Mira, Dorathy, Asreen, Rini and Husna turut melibatkan diri. Masing-masing ada sebab yang tersendiri untuk tidak melibatkan diri mereka dan aku menghormati keputusan mereka. Walaubagaimanapun, tetap ada yang setia menemaniku,thanks Jane.

Bukan sahaja bumi Sarawak ini tenang malah penduduk di sana juga sungguh peramah dan sangat menghormati orang lain even ramai yang kata Sarawak nie terkenal dengan gangster. Yup, memang betul kalau ikut apa yang diceritakan oleh rakan-rakan yang merupakan salah satu kaum di sana. Tapi bak kata orang dalam banyak banyak tak semua nya buruk, pasti ada yang cantik.

Itulah adat hidup di dunia nie kan. Pelbagai ragam manusia yang kita dapat lihat. Kerana itu aku lebih gemar duduk dan memerhati setiap gerak geri manusia untuk memahami diri mereka itu sendiri. Dan bagi aku setiap apa yang manusia itu lakukan ada sebab, hanya halal atau haram itu bezanya. Dan aku mengharap setiap apa yang aku lakukan dan setiap jarak kaki ini melangkah biarlah ia atas keredhaan yang Maha Esa.

Coretan kasih,
Nabihah 

No comments:

Post a Comment