Huh...walau pun tirai malam dah menutupi kawasan garisan khatulistiwa tapi mata ini tetap segar seperti mendapat baru lepas mandi air panas. Waa, bercakap tentang air panas nie..beberapa hari yang lalu aku, adikku (Shahindah) serta ibu ku telah menjalankan misi ke kolam air panas.
Walaupun aku bersekolah di Muar selama lima tahun, kaki ini tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan itu. First time pergi hati berasa melonjak-lonjak dan tertanya-tanya, adakah air nya terlalu panas? adakah aku berjaya merendamkan kaki ku ini? haa...banyak persoalannya.
Setelah tiba di kawasan kolam air panas yang berada di Gerisik, Muar, aku dan yang lain telah membawa tuala kecil buat persediaan, takut kalau ada apa-apa yang berlaku. Ibu aku membawa pakaian lebih tetapi aku tidak dan aku tidak tahu pula di kawasan itu dibenarkan untuk bermandi-manda. Setelah tiba, aku melihat kanak-kanak yang umurnya lebih kurang 6-12 tahun berseronok menikmati air panas di kolam itu.
Di kawasan kolam air panas, terdapat dua kolam yang berbeza, satu untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah (if i am not mistaken) dan yang satu lagi sesiapa sahaja boleh mandi di situ.
Aku dan yang lain hanya merendamkan kaki. Pada mulanya terasa kepanasannya setelah lama dibiarkan baru hilang rasa panasnya. Di tempat aku merendamkan kaki terdapat tiga bahagian, di bahagian yang paling luar adalah kawasan air yang hanya suam suam kuku, yang bahagian kedua pula boleh dikatakan suam yang betul-betul suam dan yang paling center adalah kawasan yang paling panas.
Ibu aku pernah bercerita kepada aku bahawa dahulu ibu dan yang lain berjaya memasukkan kaki mereka ke air itu tetapi sekarang terlalu panas. Rupanya kawasan ini telah diubah suai agar menjadi lebih selesa dan lebih luas.
Kami pelik mengapa kawasan center kolam itu mempunyai air yang terlalu panas sehinggakan orang-orang lelaki yang dikira gagah juga tidak dapat merendamkan kaki kedalamnya kecuali menggunakan gayung.
Ada juga yang menjadikan kawasan itu sebagai kawasan perkelahan kerana aku dapat melihat kebanyakan keluarga membawa bekalan mereka sekeluarga untuk dinikmati setelah selesai mandi di situ.
Setelah itu juga, kami selesai berendam di sana. Agak tidak puas hati ini kerana tidak membawa pakaian lebih, jika tidak sudah pasti aku akan merendamkan seluruh tubuh ini kedalam kolam itu.
Sebelum pulang kami sempat bertanya kepada pekebun yang bertugas di kawasan itu, dan kami bertanyakan tentang air yang terlalu panas di kawasan tengah kolam itu dan pekebun itu memberitahu bahawa mereka memang sengaja berbuat begitu kerana air panas yang ditengah itu adalah bertujuan untuk dibuat ubat.
Air panas mempunyai banyak kebaikan dalam menyembuhkan penyakit seperti gata-gatal contohnya dan kerana itu air perlulah betul-betul panas dan aku sendiri dapat melihat asap yang keluar dari kolam di bahagian tengah.
Sangat seronok menikmati air panas dan aku harap aku akan dapat pergi lagi sebelu aku pulang ke Bumi Kenyalang.
Eh, sekarang adalah 7 Disember 2011 dan pada pagi nanti keluargaku telah bercadang untuk pergi sekali lagi ke Kolam Air Panas. Dan kali ini aku akan menikmati airnya.
Salam kasih,
Nabihah
No comments:
Post a Comment