My True Friends

Tuesday, 6 December 2011

Muzik dalam Hidupku

Kepala tengah khusyuk melayan sambil menyanyikan lagu Waktunya Cinta yang dinyanyikan oleh Randy Pangalila dan Mikha Tambayong dalam siri Nada Cinta baru aku sedar betapa aku sayangkan muzik. Even aku tidak sepandai mana pun main gitar dan tak semahir apa pun nak main keyboard atau pun piano tapi aku sangat suka menyanyi.

Bila cakap tentang menyanyi some people would say ' macamlah suara tu sedap sangat nak menyanyi', tapi bagi aku ia terpulang dan terserah pada diri individu itu sendiri. Bagi aku dengan menyanyi dapat melepaskan segala tekanan dan setiap masalah itu terlerai di setiap rentak dan irama lagu itu tersendiri.

Memang sejak kecil lagi aku telah diajar untuk menyanyi and some of my friend said that i have a great voice tapi aku rasa aku tidak sebagus mana pun. Setiap orang diberi kelebihan dan mungkin itu salah satu kelebihan aku.

Aku juga tetap cuba untuk mempelajari cara untuk bermain gitar dan keyboard. Ramai orang kata main gitar lebih senang dari bermain keyboard but for me keyboard is much more easier than guitar. Itu depend pada kemampuan seseorang la kan.

Memang benar apa yang dikatakan oleh orang zaman dulu-dulu irama dan lagu itu tidak dapat dipisahkan kerana ianya bergantung hidup, jika tidak ada salah satu darinya, tidak menjadi lah sesebuah lagu itu.

Tanpa lagu aku berasa hidup aku serta hari-hari yang aku jalani itu tidak sempurna dan jangan salah faham, aku tetap tidak melupakan ayat-ayat dan kalimah suci Al-Quran dan kerana itu aku gemar untuk mempelajari tarannum dan aku juga suka mendengar. Jadi bukan sahaja muzik dari segi lagu Inggeris mahupun lagu Melayu yang aku suka dengar malah begitu juga dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Salam Kasih,
Nabihah

No comments:

Post a Comment