Selepas mendapat berita daripada teman aku, aku merasakan yang kadang-kadang semua orang itu tidak adil. Apa salah aku dan apa yang telah aku lakukan sehingga mereka bertindak seperti ini.
Beberapa hari yang lalu aku mendapat message dari salah satu teman aku dan setelah itu aku berasa hairan dan terus bertanyakan kepada teman ku yang satu lagi dan akhirnya kami bersetuju untuk mengikuti sahaja. Setelah itu aku mengajukan satu soalan dan tiada sebarang jawapan yang mereka beri kepada aku.
Selama ini aku sabar menghadapi mereka dan sehinggalah sekarang, aku tetap cuba untuk bertahan dari mengalirkan air mata dan memikirkan soal mereka. Memang benarlah apa yang pernah dikatakan orang, yang kawan itu tidak semuanya baik dan kadang-kadang mereka itu sering melupakan kita disaat mereka dalam keadaan senang dan ketika susah barulah nak cari kita.
Nak buat macam mana kan, itulah lumrah kehidupan dan aku perlu terima kerana inilah ragam manusia dan kita tidak dapat nak merubahnya kecuali dengan mempelajari segalanya dari sikap mereka agar aku lebih menghargai tali persahabatan yang ada.
Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana di mana aku rasa dihindari dan ditinggalkan, di situ jugalah ada yang setia menemaniku dan berkongsi pahitnya dengan aku.
Adakah mereka tahu apa itu persahabatan? dan jika mereka tahu, adakah mereka menghargainya? Segala persoalan sering menimbulkan tanda tanya. Kekadang terdetik di hati ini untuk menyatakan segalanya even cari kasar kalau perlu tapi wajarkah? Aku tidak mahu dianggap sama seperti mereka.
Mungkin aku bukan yang mengambil berat dan aku juga tidak selalu bertanya khabar tapi di hati dan di mindaku tidak pernah lupa tentang mereka. Mungkin mereka tidak ada niat, dan mungkin juga mereka juga tidak sengaja tapi aku hanya mampu mendiamkan diri dan kalau boleh aku tak nak berjumpa dengan mereka buat masa ini untuk menenangkan hati yang lagi kacau.
Memang tidak ada niat di hati untuk menjauhkan diri dan hanya ketenangan dan perhatian yang aku pinta. Aku tidak punya apa-apa untuk dikongsi mahupun diber hanya kenangan dan persahabatan yang dapat ku beri untuk dihargai. Tapi akan sedarkah mereka? Akan mereka hargaikah?
Segala jawapan terletak kepada diri mereka sendiri dan aku hanya mampu untuk bersabar dan berdoa agar mereka menyedarinya.
Salam kasih,
Nabihah
No comments:
Post a Comment