Terasa sengal-sengal di tengkuk ku akibat terlalu lama duduk di hadapan laptop untuk mencungkil idea dari fikiranku. Sedang otakku ligat berfikir, terlihat aku kepada adik-adikku yang sedang lena tidur dibuai mimpi yang indah. Entah mengapa aku mengalami masalah sukar tidur, bukan sahaja ketika aku berada di rumah, malah ketika di pengajian juga begitu, cuma aku mampu berharap yang aku tidak menghidap amnesia,cukuplah.
Tulang-belulang terasa sejuk dek kerana air-cond yang dihidupkan oleh adikku. Ketika menikmati kesejukan di bilik, teringat aku pada kenalan lamaku malah pernah rapat dengannya. Aku mencarinya sehinggalah aku berumur 18 tahun. Rindu padanya tidak pernah terubat dek kerana mengikuti keluarganya yang dikehendaki untuk menjalankan tugas di India selama beberapa tahun.
Terngiang-ngiang di telingaku lagu Anak Itik Tok Wi begitu juga dengan aura nyanyiannya hingga mampu membuat aku tersenyum. Dari perasaan marah bertukar menjadi suka. Seronok ketika mengingat kembali kenangan yang lalu dan aku juga percaya yang si Dia tidak pernah melupakan aku.
Sedang aku berchatting dengan salah seorang rakanku di Facebook, aku diberikan profile teman lamaku. Tidak ada yang dapat aku gambarkan ketika dapat mengetahui yang Dia sudah pulang ke tanah air dan menjadi seorang wanita dan tidak seperti ketika di sekolah dulu.
Semua manusia pasti menjalani fasa ketika membesar dan kami telah membesar bersama dan kami melalui fasa kematangan di sekolah yang berbeza. Dan masing-masing mempunyai watak dan pendirian yang berbeza atau mungkin sama. Hanya kita tahu setelah mengenal hatinya.
Mungkin segalanya juga berubah kerana tidak semua manusia itu sempurna even ada yang boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Aku hanya berharap Dia akan tetap menjadi sahabatku walau sahabat yang dikenang, Dia adalah yang pertama membawa keceriaan dihidupku ketika aku masih lagi kecil. Ingatlah sahabatmu ini tidak pernah melupakan mu.
And I hope that life won't be complicated.
Salam kasih,
Nabihah
No comments:
Post a Comment