My True Friends

Friday 9 December 2011

Lupa dan Alpa

Ingin sekali aku melafazkan apa yang terpendam tapi aku tak kuat dan aku tak cukup kuat unutk meluahkan segala-galanya. Dia sahabatku, dan aku patut menegur salah dan silapnya sebelum dia dipandang buruk oleh yang lain.

Aku cuba, ada yang memberitahuku dia bersama yang lain dan aku terasa diperbodohkan dan bukan aku saja yang merasakan itu, begitu juga dengan yang lain. Apa yang perlu aku lakukan. Salahkah aku? Mungkin aku salah kerana tidak menjalankan tanggungjawab aku terhadapnya dari awal lagi. Aku pergi jauh dan ketika ini dia sudah bersama dengan yang lain.

Aku mahukan dirinya yang dulu, yang mengambil berat dan tidak pernah kisah dengan siapa dia berkawan. Bukan seorang yang lupa pada asal usulnya dan hanya ingin berdamping dengan manusia yang mencipta nama di tempatnya.

Aku berjalan ke seluruh shopping mall dan hati aku menjerit dan meronta-ronta untuk meluahkan segala-galanya. Kekadang aku bertanya, mengapa aku tidak kuat untuk menyatakan serta meluahkan apa yang terpendam.

Segala kenangan sentiasa berputar di minda dan sekarang semuanya berubah mengikut paksi hidup masing-masing. Dia telah meletakkan satu sempadan terhadap hubungan kami, begitu juga yang lain.

Teringin kami bertanya apa masalahnya? Kami bukan hamba dan bukan dilahirkan untuk disakiti tetapi untuk dihargai. Yup, betullah manusia itu tidak mampu menghargai apa yang ada dihadapan merreka kerana mereka tidak dapat membezakan di antara kaca dan permata.

Manusia yang mempunyai segala-galanya memang pantas didekati oleh orang yang materialistik sedangkan kami dipandang seperti tidak penting baginya. Kami bersyukur apa adanya dan kami tabahkan diri dengan apa saja yang berlaku.

Biarlah waktu yang menentukan segalanya kerana langit itu tidak selalunya cerah kekadang Allah turunkan hujan  serta ribut dan petir. Dan ketika itulah kau mencari sahabatmu untuk membantu.

Memang manusia itu sering lupa akan siapa yang sering membantunya. Semakin aku meningkat dewasa, semakin banyak ragam manusia yang aku lihat. Bukan sahaja di filem atau pun di drama malah dunia adalah pentas lakonan buat manusia yang menumpang di atas bumi ini walau hanya sementara.

Dari sini aku belajar untuk membezakan yang baik dan buruknya manusia. Dan aku juga berharap yang aku tidak akan pernah lupa dan alpa tentang asal usulku. Dan aku juga tidak mahu segalanya menjadi  complicated dalam hidupku dan pabila ia berlaku aku harap aku dapat meleraikannya.

Salam Kasih,
Nabihah

No comments:

Post a Comment