My True Friends

Friday 9 December 2011

Terima Kasih kaum ADAM

Terasa bagai dihiris-hiris ketika membaca tulisan di dalam pesanan ringkas. Aku tidak tahu, adakah aku masih diingatannya. Aku hanya mampu berpasrah dengan segalanya. Aku tahu dia pasti akan pergi.

Aku sedia dan aku terima kerana itu haknya dan aku bukan sesiapa. Tapi benar segalanya menjadi pahit walau tersimpan kenangan diantara kami. 

Ingin aku mengatakan maaf dan ingin aku mengatakan tahniah atas segalanya. Aku tercipta dari tanah dan aku juga akan kembali ke tempatku dan tidak semua manusia itu sempurna serta sering melakukan kesilapan. Begitu juga aku kerana itu aku ingin melafazkannya walau mungkin kau telah memaafkan ku.

Aku pernah membenci dan aku pernah mengenal serta aku pernah bahagia dan sekarang kita jauh berbeza. Aku hanya ingin engkau bahagia. 

Mungkin kau tidak akan membaca tulisan-tulisan ini dan kau juga tidak akan membalas semuanya tapi aku hanya mahu meluahkan kerana di sini saja dan aku tidak mahu menganggu mahupun merosakkan segalanya, malah aku berterima kasih atas semuanya. 

Kerana kehadiranmu, 
Aku mengenal siapa kaum Adam,
Kerana kehadiranmu,
Aku mengenal apa itu sesebuah perhubungan,
Keraba kehadiranmu,
Aku pernah merasakan kebahagiaan,
Kerana kehadiranmu,
Aku menganal apa itu sakit?
Kerana kehadiranmu,
Aku simpan segala kenangan,
Dan kerana kehadiran seseorang di hatimu,
Aku belajar untuk mengalah,
dan Aku akan pergi dari kamus hidupmu.
Terima kasih wahai kaum Adam.

Salam kasih,
Nabihah

4 comments:

  1. yg nie aq x sanggup nak baca...coretan ko same pe yg aq rasa wak2 skunk...sakit dan perit nak lupakan...susah kerna kali pertama aq melaluinya...sob3x

    per yg aq harap tahun bru nie...aq dpt lupakan die...doakan aq...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...walau aku da melaluinya sebanyak 3 kali...tp setiap satu itu ada keistimewaan mereka dan yg ke-3 adalah yg pling ssh utk aq harungi...2 tahun 1/2 bukan satu masa yang sekejap utk aq lalui, even xprnh dating aku bersyukur dy hormt khndk aq...n now i can forget him and just look at him as a friend...Alhamdulillah...and Insyaallah, you can do it too dear...

    ReplyDelete
  3. insan pertama...susah nak lupakan...
    sekejap sangat kiteowg kwn....mcm tu jer...salah aq gak kowt...ckp x kenal die langsong even terserempak.....mybe die mudah lupakannya...tapi aq perit nak lakukan...cuba tapi makin rindu plak...sob3x

    ReplyDelete
  4. memang susah untuk melupakan...
    memang susah untuk mencuba...
    memang sukar untuk menangkis segala kenangan manis bersama si dia...
    Dia bukanlah malaikat,
    Dia juga bukan bidadari...
    Tetapi dia mampu menceriakan hari-hari insan bergelar wanita...
    Mereka suka dikejar...
    Mereka tidak suka mengejar..
    Itulah mereka...
    Wahai Kaum Adam...

    ReplyDelete