My True Friends

Wednesday 14 December 2011

Alam Dewasa

Kini aku sudah menjejaki angka umur 18 dan terasa sukar untuk dipercaya. 2 tahun lagi umur aku akan mencecah 20 tahun. Kenapa aku rasa macam susah nak percaya nie, arghh, kalau boleh aku tak nak menjadi dewasa tapi apakan daya, memang lumrah semua manusia akan meningkat dewasa dan ada jugak yang tak dapat terima hakikat yang mereka dah mencecah dewasa. Yang penting bagi aku adalah tetap nampak muda. Kekadang terasa panas jugak la bila orang panggil aku kakak, tapi nak buat macam mana, aku kenalah terima hakikat.

Aku dewasa!!!! Bersedia ke aku???Aku rasa semua orang pun akan rasa takut untuk berada di lingkungan ini. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti kerja, belajar dan mungkin juga memikirkan soal jodoh yang mungkin juga akan memeningkan kepala. 

Aku cuba untuk bersedia dengan segala cabaran yang diberi dan cuba untuk memahami setiap ragam manusia yang ada di sekeliling aku untuk menyelesakan tubuh ini.

Bila aku beritahu kepada ibu aku yang rakan-rakanku mengatakan bahawa aku adalah seorang yang matang, ibuku ketawa dengan galaknya sambil berkata yang aku masih lagi tidak matang. Kalau boleh pergi mana-mana mesti nak berteman dan mesti ada ibu. Haha, kalau diingatkan kembali, memang betul pun. Bukan sahaja aku malah adikku juga mempunyai sifat yang sama kerana kami berdua sahaja perempuan di dalam family aku dan yang lain lelaki and actually dua jugak lelaki. 

Walau macam mana pun aku cuba, agak susah untuk membiasakan diri untuk berada di alam ini. Selain itu jugak semakin banyak benda yang aku pelajari dalam hidup ini. 

Aku hanya mengharapkan yang terbaik agar aku dapat menjadi yang terbaik dalam keluargaku dan ingin menjadi yang terbaik di kalangan semua. Tapi aku tahu aku tak mampu. 

Sekarang tugas aku adalah belajar untuk mencapai apa yang inginkan. Tapi apa yang ingin aku jadi di suatu masa nanti, hanya akan terjawab bila waktunya tiba kerana aku masih tidak dapat menentukan apa yang aku inginkan. 

Mungkin ini akibat kerana tidak pandai membuat keputusan sejak dari kecil lagi. Entah, memang untuk membuat sesuatu keputusan itu adalah sukar. Setiap kali kita membuat keputusan, kita takut akan risikonya. Tapi, itulah kehidupan. 

Aku berharap yang ibuku tidak akan mengalirkan airmatanya pabilamelihat keputusan yang mungkin menghiris hatinya. Cukuplah aku melihat hatinya lebur sekali dan aku tidak sanggup melihat itu lagi. Aku ingin berjaya seperti yang lain. Insyaallah segalanya akan aku usahakan. 

Semoga kejayaan itu dapat aku tempah bila tiba masanya nanti.

Salam kasih,
Nabihah

2 comments:

  1. biha... u kan da matang.....bljr kat UNIMAS kowt...huhuhu...matang tu bukan tengok peragai jer..tapi tengok cara bha berfikir dan menyelesaikan masalah....terbukti....u can bring yourself dkt negeri org...seberang laut ag....pa pe pown gud luck.....do the best!!!!!
    Misz lebah2....berbisa...huhuhuh :) <3

    ReplyDelete
  2. xdew la mtg...aq still kebudak-budakkan...ibu aq p0wn msih ckp yg aq xmtg...n pmls...

    ReplyDelete