My True Friends

Monday 19 December 2011

Siapa Teman di Kala Duka???

Matahari yang terik dengan sinaran cahayanya memberikan aku tenaga untuk meneruskan segala aktiviti pada hari ini walaupun kelas telah berakhir untuk tengah hari ini.

Pernah terdetik di hati untuk menjadi seperti kumbang yang berjumpa dengan bunganya ataupun semut yang sentiasa bekerjasama dengan sekaum mereka. Tapi bukan senang untuk menggapai segala yang aku inginkan. Aku duduk kesepian di celah kegembiraan serta gelak tawa yang dapat ku dengar dari rakan sekelasku. Seperti aku tidak mengenal mereka walau telah 6 bulan duduk di satu ruang dan berkongsi ilmu yang diberikan oleh para sifu.Segalanya berjaya meninggalkan kesan walau yang tercalit hanyalah sedikit tetapi lukanya sangat parah.

Aku suka berteman, aku suka melihat mereka ketawa dan bergembira tetapi tipu jika aku tidak pernah ada sekelumit perkataan 'jealous' yang timbul di hati ini.

Sudah zahirnya aku dilahirkan menjadi orang yang tidak tahu untuk bergaul bersama orang tidak berapa aku kenali. Mungkin ada yang berjaya menarik aku kepadanya saat pertama kali bertegur sapa tapi tidak semua. Atas sikapku yang lebih suka menyendiri jika tidak bersama sahabatku. Dan kali ini kami berempat dipisahkan di kelas yang berlainan dan aku terpaksa menyendiri.

Sementara menunggu lecturer yang masih tidak muncul di tempatnya, aku menarik sehelai kertas lalu meluahkan segala yang tertahan. Pernah di otak ini terlintas, apakah diriku yang sebenar? Bagaimana sifatku yang sebenar? Aku senang bersama orang yang paling aku sayang dan aku mampu menjadi diri aku sendiri ketika bersama mereka tapi jika bersama rakan aku menjadi diri aku yang aku sendiri tidak mampu menyatakannya. Jika aku bersama orang yang aku tidak rapat aku akan menjadi orang teramat pasif. Siapalah yang mampu membuat aku menjadi diri aku sendiri ketika berada di hadapan mereka selain keluargaku sendiri. Huh, hati hanya mampu mengeluh....

Tidak pernah aku meminta dan pernah aku cuba untuk menjadi seperti yang lain, tapi aku tetap menjadi diri aku yang pasif kecuali bersama teman yang paling aku rapat. Disebabkan ini aku hanya mempunyai beberapa teman yang rapat dan aku sayangkan mereka.

Bagaimanapun aku mencuba, inilah diri aku, diri yang lebih memilih untuk memendam dari meluahkan segala rasa, diri yang terasa seperti lemah, diri yang tidak tahu untuk menghiburkan hati orang seperti yang lain tapi satu perkara yang mungkin tidak dapat aku sangkal iaitu aku benci pengkhianatan dan aku benci jika ada yang melukakan orang yang aku sayang.

Terngiang-ngiang kata-kata yang pernah aku dengar ketika aku di rumah, ' true friend will always beside you whereever you been, no matter if you're sad, if you're happy, they will be there'. Where can I find friend like this? Everything is not to be complicated, tapi segalanya baru bermula dan masih jauh perjalanan dan masih banyak ragam manusia yang akan aku ketahui.

Disitulah akan ku tahu siapa teman dikala dukaku...

Coretan kasih,
Nabihah

1 comment:

  1. bha.....huhuhu...stalk...ur blog...
    teruskan....best ur story...reality or just create...i will be inside ur heart... <3 huhuhu :)

    ReplyDelete