My True Friends

Sunday 1 January 2012

Welcoming New Year

Happy New Year, setiap kali aku membuka lembaran facebook itulah yang aku nampak. Ucapan dan azam dari setiap orang dan tak putus-putus dari jam hampir 12 tengah malam hinggalah mencecah sekarang masih lagi yang mengucapkannya.

1 Januari 2012, aku pun tak sangka yang aku telah mencecah umur 19 tahun. Terasa tua pulak lah diri nie. Masing-masing bila sampai tahun baru ni, ada azam baru, walau ada yang masih meneruskan dengan azam lama yang masih belum langsai lagi. Ala, azam bila-bila boleh pasang yang penting ada semangat untuk mencapainya.

Agak rindu nak tinggalkan tahun nie sebenarnya. Terlalu cantik nombor yang tersusun 2011. Huh, terlalu banyak kenangan yang tersimpan di tahun ini dan mampukah aku untuk membawanya ke tahun ini??? Tahun ini, pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi Sarawak even my family pun tak pernah jejakkan kaki ke sini dan inilah masa yang tepat untuk bawa mereka merantau di bumi orang.

Sepanjang tahun ini jugak aku memberanikan diri di atas pentas yang tak pernah pun aku terfikir untuk naik. Rasa nak tergelak bila ingat segala kenangan tu. Tahun ni jugak aku ambil lesen walau hanya lesen L jerk yang sempat aku ambil, kira jadilah dari tak ada lesen langsung. Tapi apa guna gak sebenarnya, tetap tak reti bawak jugak.

Dengan ligat neuron-neuron mencari idea untuk ditulis di lembaran yang setelah sekian lama menunggu untuk diisi, dihibur. Entahlah, terasa tahun baru kali ini agak kurang bermakna kerana tidak dapat disambut bersama keluarga tersayang. Teringat kenangan sewaktu aku di rumah, ada suara yang berbicara dan memujuk hati bonda tersayang untuk pergi menjelajah ke Dataran Penggaram yang penuh dengan gelagat dan telatah manusia menyambut Tahun Baru. Begitu meriah sekali sambutan Tahun Masihi ini pada setiap tahun.

Dalam seumur hidupku juga, aku tak pernah memasang mahupun meletakkan niat atau azam yang ingin aku capai seperti manusia lain. Bukan tak ada tujuan serta objektif, bagi aku segala yang aku inginkan bukanlah dibuat pada tahun baru, ia akan terdetik secara automatik untuk melunaskan apa yang aku inginkan jika masanya tiba.

Kini aku adalah 19 dan aku harus percayakan itu. Aku sudah mencecah alam kedewasaan dan pengalaman aku bersama rakan-rakan hidup di perantauan yang tak berapa nak rantau nie, cukup memberi aku impak yang mungkin taak pernah aku rasa.

Siapa kata orang seperti aku yang duduk asrama yang sentiasa nak balik tiap-tiap minggu and every week mummy datang sebab rindu, tak boleh nak tinggal jauh. Inilah cabaran yang aku ambil. Yup, memang aku tak pernah naik bas even ada kawan yang cuba buat aku naik bas bila nak balik dari Muar ke Batu Pahat but still tak berjaya and sekarang aku boleh naik flight seorang diri tanpa meminta pertolongan parents untuk temankan aku untuk ke Kuching. Aku dah besar and aku perlu menjadi matang.

Bukan itu jerk, bagi aku umur 19 tahun masih lagi muda and memang muda pun sebenarnya just some of them dah fikir tentang jodoh, kahwin and itu membuatkan aku rasa nak pengsan bila dengar. Aku masih belum bersedia untuk semua tu and kalau boleh I don't want to think about that till I graduate. Hope belum tua lagi lah time tu, so, tak ada lar yang nak gelar aku anak dara tua. I'm afraid of that title okay.


Huh, apa sebenarnya yang aku inginkan tahun ini??? Tahun 2012 adalah tahun pengakhiran aku dalam asasi and bakal datang degree. But aku masih belum decide apa yang aku nak and I hope I choose the right one.

2011 is full with taste and now I survived to continue my life in 2012....
Welcome 2012 in my life and I hope I can put some tastes in this year too.



Salam Sayang,
Nabihah

No comments:

Post a Comment