My True Friends

Monday 9 January 2012

Tanggal 9 Januari 2012

Sudah sekian lama laman putih ini bersarang dan teringin pulak nak kongsi pengalaman dengan semua semasa terlibat dengan lawatan ke Fakulti Perubatan dan Kesihatan UNIMAS. Pelajar mana yang tak nak menjejakkan kaki ke sini. Fakulti nie menjadi idaman setiap orang tapi tak semua dilahirkan untuk menjadi seorang doktor mahupun seorang jururawat. Banyak yang aku timba di sini walaupun time balik tu terasa lapar yang teramat akibat tak makan tengah hari. 

9 Januari adalah tarikh pertama kali, aku menjejakkan kaki ke Fakulti Perubatan dan Kesihatan UNIMAS. Ini adalah pertama kerana aku adalah pelajar tukaran dari sains fizikal ke sains hayat. Setelah sekian lama aku ingin menjejakkan kaki ke sana, akhirnya tercapai juga hasrat aku. Itu pun kerana pihak Biologi UNIMAS ingin kami mengetahui apa yang bakal kami belajar jika kami berjaya meloloskan diri ke dalam fakulti tersebut setelah menamatkan pengajian asasi kami ini.

Aku dimasukkan ke dalam group yang ke-3 dan kami seharusnya menjelajah ke rumah mayat terlebih dahulu. Hah, mesti korang rasa takut kan, tapi kami semua teruja sangat nak pergi ke sana tapi kami dikecewakan oleh berita yang tak ingin kami dengar. Pihak pengurusan mempunyai masalah teknikal kerana pihak fakulti tidak mendapat berita tentang lawatan ke rumah mayat.

Walau apa pun, kami meneruskan perjalanan dengan menjelajah ke Makmal Pelbagai Ilmu. Di sana terdapat dua makmal pelbagai guna, dan makmal yang kami ditempatkan adalah di wet lab iaitu segala eksperimen dilakukan di situ. Pelbagai specimen yang dapat aku perhatikan. Banyak jenis roundworm ataupun nematode yang aku dapat lihat melalui electronic microscope. Setiap satu roundworm terdapat nama sains masing-masing dan salah satunya adalah ascaris lumbricoides.



Selain itu juga, aku dapat melihat nyamuk aedes juga anopheles larvae. Ada juga nyamuk tiruk dan aedes albopictus di makmal tersebut. Aku juga dapat melihat tapeworm ataupun cacing pita yang ada di dalam tubuh manusia. Sangat seronok bila dapat lihat benda yang susah untuk kita nampak dengan mata kasar kita. Tapi aku tak dapat explore kesemua haiwan kerana kesuntukan masa.

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke library di mana tempat pelajar-pelajar perubatan UNIMAS menelaah pelajaran. Setelah diberikan sedikit taklimat, kami diberi kebebesan untuk meninjau ke kawasan CAIS.


Benda pertama yang terlintas di fikiran aku adalah untuk mencari buku tentang Psikologi mahupun Psikiatri. Banyak juga buku-buku immunology dan neurology yang berkaitan dengan sllybus kami. Akhirnya, buku yang aku cari telah aku temui. Seronok tak terkata bila dapat melihat buku itu. Terdetik juga di hati, adakah ini kali terakhir aku akan menjejakkan kaki ke sini? Layakkah aku untuk meneruskan pengajian di sini? Tapi aku akan pastikan jika aku tak dapat memenuhi impian ku untuk menjadi psikiatrik, aku akan pastikan agar aku berjaya meloloskan diriku ke Fakulti Sains Kognitif. Terdapat juga buku Cognitif Science and Clinical Science. Tak tergambar rasanya hati nie, rasa ingin menitiskan air mata pun ada jugak, tapi cool lar kan.

















Perjalanan kami diteruskan ke Muzium Anatomi dan Muzium Patologi. Di sana aku dapat melihat setiap apa yang ada di dalam tubuh manusia. Di Muzium Anatomi, tidak ada tubuh yang ori malah ianya semua made in china. Haha, itu hanya gurauan sahaja, semuanya adalah plastik sebenarnya. Tapi seakan-akan manusia, terdapat juga tubuh manusia yang dipotong satu persatu dari kepala sehingga ke kaki.


Di Muzium Patologi pula, semuanya adalah original belaka, tak main lar china china nie. Kebanyakannya diimport dari german mahupun hospital. Di situ, ada pelbagai bahagian dari hepatobillary system hinggalah ke bahagian breasts. Mesti korang pelikkan dengan nama tu, sebenarnya hepatobillary itu adalah bahagian liver yang bersatu dengan organ lain untuk membuat bile. Aku juga dapat melihat otak manusia dari pelbagai bahagian seperti bahagian cerebrum, cerebllum. Itu berada di bahagian nervous system. Terdapat juga larynx yang dibezakan dari segi well-differentiate and moderately differentiate. Sudah tentulah yang well-differentiate lebih cantik rupanya.

Bahagian gastric intestinal system sangat menarik perhatian aku kerana aku juga pangidap gastrik. Ada juga ditunjukkan perut-perut yang mengalami gastrik dan yang normal. Ada juga perut yang mengalami adenocarcinoma akibat dari pembahagian yang sangat perlahan. Ada juga yang mengalami zolinger ellison syndrome.

Kali ini baru aku dapat melihat bagaimana penyakit batu karang yang dialami oleh orang yang suka tahan kencing katanya. Tapi dari apa yang aku dengar, bukan itu sahaja, makanan laut juga menyumbang kepada penyakit ini. Lebih-lebih lagi makanan laut seperti kerang, oyster, lala dan sebagainya. Boleh makan tapi jangan selalu sangat and jangan makan banyak-banyak. Nasib lar, aku tidak berapa gemar makanan laut.

Terdapat juga skin and soft tissue yang menonjolkan bahagian kulit manusia dan memang manusia mempunyai terlalu banyak lapisan kulit. Huhh, tak sangka sebegitu banyak. Di sini, aku dapat melihat lipoma of the back dan malignant malanoma ataupun big toe. Terdapat juga artikel-artikel yang dipaparkan untuk bacaan seperti penyakit yang berkaitan dengan bisep ataupun trisep di bahagian limb dan ianya dikenali sebagai Kimura disease. Pertama kali aku dengar nama itu juga penyakit itu.

Lawatan ini memang tidak sia-sia kerana ia membuka mata aku juga yang lain tentang diri kami sendiri. Selain itu, ia membantu aku dalam menaikkan semangat untuk mengejar apa yang aku inginkan selama ini. Tarikh ini dan lawatan ini pasti sukar untuk aku lupakan dan aku berharap ini bukan yang terakhir tetapi permulaan. Insyaallah, aku redha apa yang dirancang untuk aku. Sekurang-kurangnya aku ada ilmu baru yang timba dalam lawatan ini dan aku masih menyimpan hasrat untuk mengunjungi rumah mayat. Hope dapatlah, hehe... 

No comments:

Post a Comment