My True Friends

Saturday 24 March 2012

Sahabatku!!!

Telah lama ingin aku menulis balasan ku terhadapmu, hanya masa kurang mengizinkan, ingin menyampaikan kata, tetapi tidak mampu untuk berdepan. Tampak hebat juga cantik, tampilanmu berbaju kurung serta berselendang dengan kata-kata ucapan yang manis pada tarikh 23 Mac 2012. Bijak mengenali cinta!!! Ingin aku menyintai sahabat-sahabatku, serta ingin aku semai segala memori yang bertaut sepanjang aku mengenali mereka.

Hati hanya mampu berbicara tapi mulutku seakan terkunci pabila berdepan denganmu wahai sahabat. Maafkan aku jika aku menyakitimu, dan maafkan aku jika kata-kata maaf terlalu lambat aku ucapkan. Tidak ada maksud menyakiti, mahupun menakutkan hanya berat mulutku untuk berkata di depanmu. Mungkin sikapku membuat kau terasa tetapi kau mengenalku terlebih dahulu dari yang lain. Tarikh 16 Januari 2011 sentiasa diingatan dan takkan pernah ku lupakan.

Desiran angin menyampaikan berita, engkau akan pergi meninggalkanku bersama yang lain. Aku tenang mendapat tahu, hanya tertanya, salahkah jika kau bercerita kepadaku. Mungkin aku bukan yang terbaik dikalangan temanmu yang lain. Hanya diriku yang tidak menyedari kebenaran itu. Ya, sekarang aku sedar semuanya.

Tegurlah aku, jika engkau melihatku, bukan aku tidak ingin, hanya terasa kerdil menegurmu dikalangan sahabatmu yang lain. Ingin ku tegur, belum sempat, engkau sudah menyambar yang lain. Aku hanya mampu melihat dan tersenyum pahit.

Bukan hanya padamu, malah juga yang lain, maafkan aku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik buat kalian. Mungkin sukar untuk memahamiku, dan aku tidak pernah menyalahkan kalian atas segala yang bakal mahupun telah berlaku.

AKU AKAN SENTIASA MENYAYANGI SAHABATKU!!!

                                               segalanya terukir di bintang...

No comments:

Post a Comment