My True Friends

Saturday 14 April 2012

Putus

Terbengkalai? Tertinggal? Ingin dibersihkan dari laman ini. Hati? Akal? Jika semuanya dapat aku sucikan seperti mana aku lahir pada tanggal 6 November 1993, alangkah beruntungnya aku. Tapi apakan daya, aku hanya manusia, manusia yang merupakan pelakon di atas pentas dunia dengan memainkan wataknya sendiri. Ingin aku lupakan rasa sakit dikhianati, ingin aku lupakan segalanya.

Jangan kau salah mengerti, tidak pernah aku menyimpan secebis dendam mahupun benci, hanya tingkahmu membuatku muak, muak dengan segalanya!!! Aku tak pernah meminta tapi si dia yang mencariku dan bercerita, aku tidak pernah mengharapkan lebih, hanya hubungan sekadar teman yang aku dambakan. Aku bukanlah pemarah, malah bukan juga penyabar, yang aku tahu hanyalah, hati aku tidak sakit tika dia menyatakannya hanya kejutan yang aku terima, tapi aku senang kerana kau telah menemukannya.

Keputusanmu memutuskan tali persahabatan membuatkanku semakin terkejut, kerana adakah niatmu pada mulanya ingin mempermainkan? Atau apa? Aku sendiri tidak dapat memikirkannya even aku tidak mahu tahu tentang itu? Dan aku tidak mengharapkan apa-apa, hanya persahabatan. Pergilah dengan siapa pun yang kau mahu, tapi janganlah kau tinggalkanku…
 
Tiada teman untuk aku berbalah, malah tiada teman untuk aku bercerita, aku tahu kau tidak akan faham apa yang aku katakan tapi aku hanya meluahkan. Maaf dari ku kerana tidak pernah ingat apa yang kau ajarkan juga tidak pernah ingat kata-katamu, bukan sengaja tapi aku memang cepat lupa. Kau sentiasa ingat, dan aku tak tahu apa semuanya benar ataupun tidak, hanya Dia yang tahu.

Aku berserah segalanya, aku tidak mahu menghancurkan segalanya. Jika ini membuatmu tenang, aku terima. Terima kasih atas segalanya serta maafkan aku atas segala kata kasarku.



Yang Ikhlas,
Nabihah

No comments:

Post a Comment