My True Friends

Monday 16 April 2012

Harus Berubah

Jujur sejujurnya aku tak ada perasaan nak study, apa yang perlu aku buat? Aku kesian kan ibu, aku kesian kan ayah, juga atuk dan bak, harapan mereka nak kan aku menjadi seorang doktor sememangnya musnah dari awal lagi sewaktu mendapat tahu keputusan sem 1. Memang tidak ada sebarang harapan untuk dapat bidak medikal, so, aku pun membatalkan niat aku untuk memohon.

Belajar? Minat? Orang kata kalau kita minat something, kita belajar untuk mendapatkan apa yang kita minat, but aku tak pernah tahu apa yang aku minat sebenarnya. Yang aku tahu aku seronok bila aku dapat menyanyi dan berlakon. Semuanya rasa macam hilang beban kat kepala. Sekarang nie aku cuba untuk menjinakkan diri untuk study biology coz aku target untuk dapatkan sains kognitif. Pasti semua orang tertanya, apa tu kognitif? Susah nak cakap sebenarnya, lagipun kognitif dekat unimas tak sama macam kat universiti lain. Aku meminati physicology pada mulanya, tapi tidak kaunseling. Ibu dan ayah pun tak dapat menolong ketika membuat pilihan sebab diorang tak tahu tentang bidang-bidang tu.

Ehmm, aku penat serta lelah buat segala benda yang aku tak minat. Memang betul kata-kata roommate aku sorang nie, penat bula buat benda yang kita memang tak de hati kat benda tu. Tapi nak buat macam mana, tahan jerk lar, dan aku rasa apa yang aku nak nanti, sama jerk dengan semua yang aku belajar sekarang. Bila nak berhenti kalau macam tu? Takkan tak nak sambung belajar and terus fikir nak kahwin. Even nak kahwin pun nak kena belajar untuk bertanggungjawab dan menguruskan rumahtangga, bukannya senang. Huh, memanglar dalam dunia tak de benda yang mudah kecuali kita suka dan pakar semuanya jadi mudah, senang dan simple.

Tapi apa yang aku minat, tak mungkin menjadi satu dari bidangku. Mungkin hanya untuk suka-suka bukan untuk perkara serius. Sekarang nie, aku memerlukan semangat untuk terus belajar. Aku tak tahu ke mana semangat aku untuk belajar hilang. Waktu aku masih lagi kecil, aku suka belajar, dan aku terima segala apa yang diajarkan pada aku tanpa sebarang complaint, tapi sekarang, bukan setakat complaint, malas yang paling utama serta macam-macam lagi alasan yang aku beri termasuklah takde mood.

Aku cemburu melihat rakan-rakanku yang belajar dan terus belajar, mereka belajar, bersuka-ria, tapi mereka dapat apa yang mereka mahukan. Tapi aku, aku memerlukan usaha, dalam kelas pun aku susah nak fokus. Aku bukan macam dulu. Tapi apa alasannya kali ini. Terlalu banyak alasan yang aku berikan untuk belajar. Untuk berjaya tidak memerlukan alasan yang banyak, bagi aku hanya satu dan paling utama, untuk diri sendiri.

Bukan senang nak pupuk semula diri aku, pada awal sem ini maybe aku berjaya tapi sekarang dah tak lagi. Aku inginkan diri aku yang dulu. Aku perasan yang aku seakan-akan penat nak meneruskan perjuangan walaupun ia belum tiba garisan penamat, tapi aku tak mampu.

Keputusan exam aku, membuat aku semakin kecewa dengan diri aku, kebakaran yang berlaku pula banyak menelan segala tugas yang diberikan kepada kami. Huh, nak buat macam mana segala markah akan depends pada final dan sekarang dah jadi macam zaman sekolah, tak de carry mark. Segalanya jadi susah bila tak de carry mark, aku tahu carry mark sangat membantu dalam segala benda. Aku tahu kebakaran tersebut berlaku tanpa kehendak sesiapa, tapi aku cuba mencari apa hikmahnya berlaku semua ini? Pasti ada yang tersirat disebalik apa yang berlaku.

Aku harus meneruskan perjuangan, aku perlu terus maju, maju bersama yang lain, biarkan yang lain sudah siap memegang senjata tapi aku perlu terus mengasah senjataku agar lebih tajam serta lebih bagus berbanding yang lain. Pabila tiba saatnya, akan aku gunakan senjata itu sebaik mungkin. Tapi mampukah aku? Jangan selalu mempersoalkan kredibiliti diri sendiri, kerana apa-apa yang penting adalah percaya pada diri sendiri.


Sincerely, 
Nabihah

1 comment:

  1. go..bha..go..
    u can do it...
    bha kan seorg yg tabah dan kuat..
    jgn putus asa...kita doakan terbaek tuk kwn2 kite..
    sedih plak kitew bce...
    jalan kita masih jauh..ada byk ruang tuk capai kejayaan..insyallah...bha bleh berjaya dgn cemerlang..yg penting usaha.. k <3 :)

    ReplyDelete