My True Friends

Wednesday 25 January 2012

Berjalan Tanpa Henti

Cuti raya cina yang sambutannya agak meriah dengan letupan mercun yang agak cantik warnanya berjaya menceriakan hati aku yang telah lama menunggu masa untuk merehatkan fikiran. Mana tidaknya, sepanjang kuliah berjalan seperti tidak ada rehat dalam kamus hidup aku. Bila dah cuti, ramailah yang tetiba tersenyum kerana mereka akan pulang ke pangkuan keluarga tapi tidak aku. Bukan tidak ada niat untuk menjenguk keluarga, hanya tidak mahu membazir wang mereka. Almaklumlah, bila duduk di seberang laut cina selatan nie, banyak pakai duit.

Orang lain balik, maka aku dan roommate kesayangan aku nie telah merancang bersama yang lain untuk bermalam di Santubong. Tapi segalanya tinggal impian saja, oleh kerana ramai yang membatalkannya disaat-saat akhir. Kalau ikut hati, memanglah geram tapi kebanyakan mereka memberi alasan parents tak bagi. Dan aku hanya mampu akur saja.

Tapi sebelum kami memulakan pengembaraan kami, aku telah bercadang untuk menebus voucher, eh, bukan tebus tapi  gunakan voucher. Kerajaan dah bagi, apa lagi manfaatkanlah, takkan nak membazir pulakkan. Tapi aku bukannya terus pergi ke toko buku tapi panggung wayang yang menjadi sasaran aku, mira dan jane. Sebelum tu, isi perut dulu lar kan, lapar dari pagi tak makan + tunggu ramli yang terlalu banyak kerja mengalahkan VIP sampai 3 jam and dah tak mampu dah nak marah coz yang paling penting ada orang yang sanggup ambil kitaorang.  Cerita UNDERWORLD yang dipilih, agak menarik walau aku pernah menontonnya sebelum ini dan mungkin ini sambungannya kata jane.

Toko buku POPULAR!!!jejak jerk kaki dekat pintu depan rasa macam betul ke nie, macam susah nak percaya. Bukan main ramai lagi orang, beratur pun sampai ke belakang and macam dah tak cukup ruang dah. Aku ambil 1 jam lebih nak beli barang dan aku hanya mampu menggunakan satu keping voucher jerk setakat ini dan sempat membeli sebuah novel karya Ramlee Awang Mursyid, MANDATORI. Dah, sampai jerk dekat kolej, senyap sunyi jerk and sampai aku fikir, semua orang balik ke????

Esoknya, aku bangun awal tak seperti kebiasaannya aku bangun. Tahulah, anak dara mana boleh bangun lambat tapi zaman sekarang semua dah terbalik termasuklah aku yang sering terlajak tidur. Qada' tidurlah katakan. Aku terus bersiap kerana pagi itu kami akan bertolak ke Ranchan. Air yang bersih dan jernih, wahhh, aku sangat merindui airnya. Even setakat nie, aku baru 2 kali mandi sungai itu pun ke Ranchan lah, kalau tak, memang sampai bila-bila pun takkan jejak. Menikmati cuti memang seronok tapi sentiasa akan terbayang alangkah indahnya jika aku dapat pergi dan bermain bersama keluarga.

 Salam Bumi Kenyalang,
Nabihah

No comments:

Post a Comment