My True Friends

Monday 23 January 2012

Ceritera Hari Ini

Kehadiran hari ini disambut oleh sinaran mentari yang amat menyegarkan tubuhku. Aku bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk menatap bumi yang fana ini. Terbukanya mataku, terlihat akan gelagat roommate yang seorang ini. Terlihat akan keletahnya yang bangun dari tidur terus mendapatkan laptopnya yang berada di dalam almari.

Begitu juga aku yang terus menarik laptopku yang berada di bawah bantal tempat aku tidur. Perkara pertama yang aku lakukan adalah membuka laman muka buku kerana ingin melihat ada atau tidak balasan dari seorang yang aku tunggu. Memang hati ini masih tidak bertaut kepada dia tetapi aku sentiasa ingin membaca balasan darinya. Even aku juga suka baca blognya kerana aku tahu dia membuat blognya kerana aku walau aku tidak tahu kenapa.

Banyak postnya berkaitan dengan aku, dan ada juga gambar aku di dalam blognya. Aku tidak pernah menyangka akan datangnya seorang lelaki dan memohon cintaku serta begitu mencintainya. Telah banyak yang lakukan untuk dia menjauh dari aku tetapi segalanya tidak pernah berjaya. Dia lebih suka menunggu.

Dalam masa yang sama, hati aku masih tidak dapat melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati ini. Detik 3 tahun itu memang sangat sukar untuk dilupakan begitu saja.

Hari bersilih hari, setiap detik dan saat bergerak dengan begitu pantas, seusai aku, dorathy, jane dan mira berjalan kaki untuk pergi mengisi kekosongan di perut sambil meredah hujan yang semakin lebat sehingga membuat aku jadi terbalik dari asalnya. Itu pun kerana angin yang terlalu kuat.

Hampir tiba di kawasan kolej aku, mira dan jane membuat keputusan untuk tidak menggunakan payung. Ha, kita orang nak meredah hujan sebenarnya ataupun main hujan. Dah lama sangat tak main hujan, dan aku rasa last aku main hujan pun semasa aku dihalau dari rumah waktu aku kecil. Yela, budak nakal lar katakan, mana taknya kena halau, padan muka kan.

Waktu malam kami pergi menonton pertandingan drama inter-class yang dianjurkan oleh badan seni dan kebudayaan. Sebelum pergi tu, rasa nak tergelak bila tengok dorathy yang memakai pakaian korporat. Belum sempat cakap lagi, dia cakap macam nie ' saya tahu awak nak cakap apa, awak mesti nak cakap yang baju nie macam baju orang yang kerja dekat petronas tuang minyak tu kan?' ha, terkedu aku bila dengar ayat dia, tapi memang betul pun and memang sebiji sangat Cuma tak ada lambang petronas jerk. Haha….

Memang seronok aku tengok persembahan drama malam nie, tak disangka orang yang selama ini senyap dalam kelas mampu menunjukkan bakat mereka, bukannya seperti aku yang masih takut untuk memasuki kelompok mereka. Aku seronok bila mendapat khabar bahawa kelasku mendapat tempat kedua. Ceria semua bersorak sehingga membingitkan telinga aku. Aku lihat wajah-wajah ceria mengambil gambar bersama dan aku hanya mampu tersenyum melihat keletah mereka.

Ingin aku sampaikan ucapan tahniah tapi hanya hati yang mampu berbicara saat aku melintasi mereka. Aku merasa ketidakwujudan aku disitu dan kerana itu aku lebih memilih untuk pergi tanpa mengucapkan apa-apa. Pernah juga terniat untuk bersama mereka kerana melihat senyum tawa mereka sudah cukup membuat aku tersenyum walau aku bukan di antara mereka cuma aku ingin mereka merasa kewujudan aku.

Tiba di bilik, aku terus mencapai laptop dan mengucapkan tahniah melalui itu. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Roommate aku telah lena dibuai mimpi indah, indah kew?? Agak lar kowt, hope lar…tapi hujan masih mengalunkan bisikan rintik-rintik di luar.

Aku hanya berharap setiap hari, ada warna yang menceriakan cerita hariku. Kerana setiap tona warna yang dihasilkan mempunyai maksud dan cerita disebaliknya. Itulah warna kehidupan.  

No comments:

Post a Comment