My True Friends

Thursday 2 February 2012

Berjalan Tanpa Henti 2

Sepanjang aku diberi empat hari cuti, aku dan yang lain berjalan tanpa henti tanpa menghiraukan penat,lelah yang kami alami. Buat kali pertama aku merasa apa itu rehat dan apa itu cuti. Yela,selalunya kalau cuti pun mesti ada jerk kerja yang perlu diselesaikan. Penat, penat, dan sentiasa penat. Mungkin ini juga penat tapi aku puas dengan segala kepenatan yang aku alami kerana aku dapat melihat segala keindahan alam yang mungkin belum pernah aku lihat. Mana tidaknya, ibu dan ayah aku memang tak pernah membenarkan aku dan adik-adik aku menjejakkan kaki ke laut kecuali bila aku dah besar nie. Dan aku juga rasa, aku perlu memanfaatkan peluang yang ada nie, sebaiknya.

Satu hari kami di Sungai Ranchan bermandi-manda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Nak cuba rasa bagaimana mandi di kawasan dalam. Ada juga keluarga yang siap bawak sabun dan segala peralatan mandi, maybe nak jimat duit air  sambil-sambil dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga. Kami sempat mengambil beberapa gambar ketika berseronok di dalam air.

Buat kali pertama di semester kedua nie, aku berpisah dengan lappy kesayanganku yang kalau ikutkan hati nak jerk aku bawak sekali, tapi mira cakap ' apa???nak buat apa bawak, nak g mandi sungai lar, takkan nak bawak kowt….' lebih kurang macam tu la, aku pun bukannya ingat sangat pun. Di Ranchan terdapat pelbagai kawasan yang boleh kami pilih untuk menikmati air sungai dan kami memilih untuk berada di kawasan atas dan kami perlu meredah hutan untuk sampai ke kawasan tersebut. Selesai menikmati makanan sambil bermain air, kami berangkat untuk pergi ke kawasan air terjun yang terletak di bawah. Air di bawah agak dalam dan agak keruh warnanya berbanding yang sebelumnya. Kata Jane dan Mira semakin dalam sungai, semakin gelap warnanya.

Mereka berdua nie, banyak pengetahuan tentang sungai dan laut kerana Jane dilahirkan di Bintangor, Sarawak yang terletak berdekatan dengan kawasan sungai dan sememangnya perkerjaan dialah untuk melompat-lompat seperti harimau bintang yang tak suka masuk dalam air tapi pantang nampak batu mesti nak lompat dan Mira pula, selalu melancong bersama keluarga dan pergi ke kawasan seperti pulau dan ayahnya juga mengajar mereka berenang. Untunglar...

Setelah kami berasa lelah, kami memaksa kaki yang telah lama penat kerana turun naik tangga dan meredah sungai yang penuh dengan batu ke bilik. Dan kami membersihkan diri sebersih-bersihnya. Terdengar bunyi keroncong yang rupa-rupanya datang dari perut kami, kami pun meratah roti dan makanan tin yang sempat kami beli. Pada waktu malam kami mengisi perut kami dengan memakan KFC dan kami semua menikmati nasi ayam!!! Ehmmm...sedapnya sampai menjilat jari. Balik-balik jerk semua perut dah kekenyangan sampai fikir nak tidur jerk lepas tu.

Salam Sayang,
Nabihah

2 comments:

  1. apa barang bawak lappy masa nak melancong kan? hehehehe :P

    err. tp aku selalu je buat. hahah.

    ReplyDelete
  2. biarla...sje jerk p0wn...
    bosn kowt xdew tv..

    ReplyDelete