My True Friends

Sunday 17 June 2012

Masih Mencari..

Semakin lama, aku berasa hidup ini semakin kekosongan. Entah apa yang kosong, aku sendiri tidak pasti tentang hal itu. Kosong. Sama seperti lembaran ini, yang telah lama kosong tanpa cerita dari tuannya.
Banyak perkara yang aku lalui sewaktu cuti ini. Dalam tak sedar juga telah sebulan lebih aku menjejakkan kaki ke batu pahat tanpa merantau ke tempat lain. Niat hati ingin mencari peluang pekerjaan, tapi setakat ini, tidak ada yang menginginkan tenagaku.

Tak apalah. Aku mengeluh.

Ibuku asyik berleter tentang sikap malasku. Sejujurnya, bukan aku malas, tapi aku masih belum berani untuk menghadapi sebarang interview dan aku sedar walaupun aku duduk di asrama selama 5 tahun dan telah merantau ke Sarawak selama setahun, ianya masih tidak merubah apa-apa, kerana aku masih lagi belum boleh berdiri di kaki sendiri.

Tak yakin.

Hanya itu yang mampu aku lafazkan dari bibir yang satu ini. Aku masih mencari apa yang aku inginkan. Apa yang idamkan. Pakaian apa yang membuat aku selesa. Pakaian apa yang membuat aku yakin.
Aku tetap berasa ada mata yang memandang tentang jeleknya caraku.

Semua punya cita-cita, sedangkan aku? Masih lagi mencari. Memang tidak salah tapi aku harus membuat keputusan kerana hidup tanpa cita-cita itu sia-sia.

The man who decided to change on the 12th hours dies on the 11th hours. Hlovate.

Kata-kata nie memang meninggalkan makusd yang amat mendalam, lebih-lebih lagi bagi remaja yang baru tersedar dan tercari-cari erti hidup yang sebenar.

Aku perlu berlandaskan apa yang benar dalam hidupku. Aku perlu mencari apa yang aku perlukan untuk membuatkan berasa yakin.

Keyakinan itu kepercayaan yang amat diperlukan dalam diri seseorang dan Insyaallah, aku akan jumpa. 

2 comments:

  1. saya yakin awak akn dpt mncari apa yg membuat awak yakin nanti. sejujurnya, awak adalah seorang yg hebat malah lagi hebat dari saya. meskipun saya bukanlah seorang yg hebat sgt. tp klau awak yakin mesti awak lagi hebat..percayalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak hebat serta saya tidak pandai seperti awak. Even saya tidak rajin seperti awak tapi saya cuba yang termampu untuk menjadi yang terbaik. awak yakin dengan apa yang awak nak tapi saya? saya masih cuba untuk mengenali diri saya sendiri. saya ingin menjadi yakin ssperti orang lain. tapi mampukah saya?

      Delete