Hye, hye, hye...
entah kenapa pulak lar dengan aku nie. hehe. saya sihat-sihat jer sebenarnya. haa, untuk entri yang baru nie teringin pulakk nak bercerita tentang pengalaman semasa berada di alam degree nie. even though this is my first semester for the first year, but I really enjoy it and more than a thing I had learn in my life. kehidupan yang sekarang lebih mematangkan aku. banyak perkara yang aku belajar, banyak ragam manusia yang aku kenal dan cuba untuk fahami dan selami kehendak mereka.
memang banyak bezanya zaman asasi dengan degree, dulu mungkin kami agak sebulu tapi sekarang bermacam bentuk manusia yang aku jumpa. ada yang tak habis-habis dengan cemburu. ada yang susah nak bertimbang rasa, ada yang bermulut ehem-ehem. haishh, cemburu? nak buat apa lah cemburu, kau masih ada banyak kelebihan, kau juga ada kelebihan, kau tak malu untuk ke pentas, bersyukurlah untuk itu. ragam manusia memang tak pernah lekang dengan perasaan marah, hasad, dan macam-macam lah tapi dalam setiap perkara perlu adanya rasional, setiap orang ada hati, perasaan, luahkanlah dengan cara yang berhemah.
manusia itu pelbagai. walau asalnya sama tapi sifatnya berbeza. adat dunia.
My True Friends
Monday, 24 December 2012
Thursday, 20 December 2012
Don't want to be ALONE!!!
Hye,
rasa macam dah lama pulak tak menghadap blog nie. Kesian dia terbengkalai, mana
tak nya, banyak sangat benda yang nak dikejarkan even tengok movie pun termasuk
dalam list. Apa nak jadi lar kan, exam lagi seminggu, bukan test but FINAL
exam, tapi masih lagi nak tengok movie, nak keluarlah, apalah. Bilalah aku nak
jadi matang nie. Sebenarnya, bila-bila pun boleh. haha.

Haa,
apa yang aku nak tulis tadi ye? boleh lupa pulak. Haa!! I got it. Semenjak dua
menjak nie, tetiba aku nak jadi sensitive tak tentu hala, rasa rindu nak
bercakap dengan orang tu, but siapalah saya kan nak bercakap dengan orang. I
nie, tak dela cute macam orang lain. Even aku hilang pun belum tentu ada yang
perasan ketiadaan aku kan? I'm not famous and I don't want to be famous. I just
want to sing. Singing makes me happy and makes me feel like myself and I love
it. tapi apakan daya.
nak
nyanyi kat rumah sendiri pun malu, so how? aku akan nyanyi bila disuruh and
takut dengan cabaran walaupun aku nak sangat. yaa, aku tak macam najwa yang
pandai nyanyi+gitar and pandai jugak dalam pelajaran. kira bonuslah untuk dia
kan. I just know how to sing. and ramai orang kata, singers always beautiful,
but me? no, no, no and absolutely not. Memang jauh macam langit dan bumi lah
kan. aku tak nak jadi penyanyi but aku nak orang tahu yang aku wujud. cukuplah
sekadar kawan-kawan dan keluarga aku, aku tak minta lebih. that's it. I just,
don't want to be alone.
xoxo.
NMI.
Friday, 7 December 2012
Teater Muzikal
Lama sudah tak
diupdate blog ni ye. Huh, huh, berhabuknya blog nie. Nak buat macam mana, busy
x busy pun tak idea nak menulis.
Haa, teringat pasal
minggu lepas, minggu FKIK. FKIK tu Festival Kebudayaan Inter-Kolej,anjuran BAYU
Unimas and biha masuk teater muzikal and kami dapat number 1. wahh, tak sangka
betul kolej sakura yang kecil nie pun boleh menang. Memang berbaloilah usaha
kami selama seminggu nie.
Dalam teater nie,
biha tak berlakon pun, biha Cuma menyanyi jerk untuk menghidupkan lagi suasana
teater tu. Tapi, tapi, Jane!!dia berlakon watak JON, sampai sekarang melekat
nama tu dekat dia.
Memang rindulah nak
berdrama, drama segala bagai nie, sambil-sambil berjuang untuk kolej boleh
jugak dapat kenalan baru terutama dengan senior. Memang bestlah.
sempat jugak kami bergambar lepas berpenat lelah. hehe.
Monday, 19 November 2012
BOY
why mostly men hard to understand women? Biha tak tahu kenapa but mostly of them just know how to play and break women heart. Woman? Am I woman now? maybe not yet but one day, I will.
Experience with them made me know who they are for real. Each of them, even without knowing them yet. Just by looking their step and layanan mereka terhadap seseorang buat biha cukup faham siapa mereka.
Is it wrong for a girl, if she want him to understand her? to call her first? to suprise her? to remember her birthday? to be loyal? is it wrong? nope right. I think this is the same thing goes to boy, when they want the same thing from a girl.
So, what? be gentle.
xoxo.:p
Experience with them made me know who they are for real. Each of them, even without knowing them yet. Just by looking their step and layanan mereka terhadap seseorang buat biha cukup faham siapa mereka.
Is it wrong for a girl, if she want him to understand her? to call her first? to suprise her? to remember her birthday? to be loyal? is it wrong? nope right. I think this is the same thing goes to boy, when they want the same thing from a girl.
So, what? be gentle.
xoxo.:p
Sunday, 29 July 2012
Tidak Diendahkan!!!
Bisu, bisu,
bisu...aku nie duduk dekat rumah orang bisu ke??walaupun duduk kat rumah tapi
rasa macam aku nie berkomunikasi dengan orang bisu pulak. Yela, mana tidaknya,
tiap kali aku tanya, tak ada jawapan pun yang keluar dari mulut diorang.
Agaknya ada emas di dalam mulut kott.
Bosan setelah lama
tak update tetiba terasa nak menulis pulak. Bukannya tak ada masa tapi lebih
suka menghabiskan masa dengan menonton movie dan baca novel. Lagi pun aku
bukanlah macam orang lain yang sentiasa mencurah-curah idea untuk menulis.
Haa…
Nak taw tak kenapa
orang kat dalam rumah aku nie jadi bisu, mesti korang nak taw kan? Sebenarnya
hari nie, sempat aku, adik aku bersama parent kita orang dan atuk membeli
barang-barang dapur. Ibu cakap nak pergi BP Mall tapi lepas habis masak. Aku
nie pulakk tetiba rasa lapar yang teramat serta mengantuk dan aku membuat
keputusan untuk tidur sebab dah tak tahan lapar and da macam nak kena gastrik
balik larh pulakk. Memang lah aku puasa tapi aku minum susu sikit sangat pagi
tadi maybe sebab tu aku cepat lapar. Kurma pun tak makan. Ibu aku pun macam
merajuk sebab tak ada orang tolong dia masak kecuali ayah. Aku dengan adik aku
tidur.
Setelah siap masak
ibu mengejutkan kami berdua tapi liat betul nak bangun sebab terlebih ngantuk.
Mana tidaknya, bawa kereta pagi tu pun boleh sampai tak sedar nak termakan
jalan orang. Ibu siap cakap cam nie lagi " bangun!!bangun!! Kalau tak ibu
oergi dengan ayah, lepas tu perus pergi rumah atuk. Pandai-pandai korang fikir
macam mana nak pergi rumah atuk.hehe" sempat ibu aku ketawakan kami
berdua. Aku dengan adik aku mempunyai fikiran yang sama dan hati kami
menjawab," tak apalah ibu, kitaorang boleh buka dekat rumah jerk, kami tak
kisah pun" huhu….memanglah punya anak keras kepala kan..kan..
Tetiba pulak ada
orang yang datang peri salam, adik aku pun teruslah pergi tengok. Orang tu pun
tanya " Salam, nie rumah orang yang buat rawatan ke??", adik aku nie
terlebih bijak and dengan selamba badak dia, dia pergi jawab "ayah tak ada",
apa punya jawapan larh nie kan. Ayah aku yang baru balik dari bank marahlah
sebab kenapa tak suruh orang tu tunggu. Ayah cakap kitaorang halau orang tu.
Kami tak ada niat pun sebenarnya, Cuma tersilap cakap jerk. Ayah cakap orang tu
orang baru yang datang nak berubat, datang dari jauh lagi. KAMI MINTA MAAF
AYAH!!! Kami tak sengaja dan kami tak ada niat pun nak menghalau orang yang
datang nak beri rezeki ayah.
Lepas tu, semua
orang dalam rumah nak bad mood and tak nak bercakap. Nak tolong, ibu tak jawab.
Ayah keluar pergi mana pun tak tahulah. Shahindah sambung tidur. Aku sorang
jerk larh yang termangu- mangu kat sini.
Erm….
Nak buat macam mana
dah nasib badan, sabar jerk larh!!!
Sunday, 17 June 2012
Masih Mencari..
Semakin lama, aku berasa hidup ini semakin kekosongan. Entah apa yang kosong, aku sendiri tidak pasti tentang hal itu. Kosong. Sama seperti lembaran ini, yang telah lama kosong tanpa cerita dari tuannya.
Banyak perkara yang aku lalui sewaktu cuti ini. Dalam tak sedar juga telah sebulan lebih aku menjejakkan kaki ke batu pahat tanpa merantau ke tempat lain. Niat hati ingin mencari peluang pekerjaan, tapi setakat ini, tidak ada yang menginginkan tenagaku.
Tak apalah. Aku mengeluh.
Ibuku asyik berleter tentang sikap malasku. Sejujurnya, bukan aku malas, tapi aku masih belum berani untuk menghadapi sebarang interview dan aku sedar walaupun aku duduk di asrama selama 5 tahun dan telah merantau ke Sarawak selama setahun, ianya masih tidak merubah apa-apa, kerana aku masih lagi belum boleh berdiri di kaki sendiri.
Tak yakin.
Hanya itu yang mampu aku lafazkan dari bibir yang satu ini. Aku masih mencari apa yang aku inginkan. Apa yang idamkan. Pakaian apa yang membuat aku selesa. Pakaian apa yang membuat aku yakin.
Aku tetap berasa ada mata yang memandang tentang jeleknya caraku.
Semua punya cita-cita, sedangkan aku? Masih lagi mencari. Memang tidak salah tapi aku harus membuat keputusan kerana hidup tanpa cita-cita itu sia-sia.
The man who decided to change on the 12th hours dies on the 11th hours. Hlovate.
Kata-kata nie memang meninggalkan makusd yang amat mendalam, lebih-lebih lagi bagi remaja yang baru tersedar dan tercari-cari erti hidup yang sebenar.
Aku perlu berlandaskan apa yang benar dalam hidupku. Aku perlu mencari apa yang aku perlukan untuk membuatkan berasa yakin.
Keyakinan itu kepercayaan yang amat diperlukan dalam diri seseorang dan Insyaallah, aku akan jumpa.
Wednesday, 2 May 2012
Bosann
5:02 PM
Study week telah
masuk hari ke-3 untuk hari nie, tapi aku tertanya, apa jerk yang aku dah
ulangkaji sebenarnya? Siap sempat pulakk mengupdate blog nie. Hihi, sebenarnya
nak menghilangkan rasa ngantuk juga bosan. Sekejap jerk pun, ini pun study bio
sambil dengar lagu. Pelikkan? Selalunya, orang kalau nak study biology memang
dalam keadaan yang senyap, tapi aku tidakk. Kalau senyap lagi susah aku nak
belajar. Haha.
Tak banyak benda
yang aku nak tulis sebenarnya, Cuma tinggal lagi seminggu lebih untuk aku
berada di sini. Takut? Takut nak menghadap paper yang bakal aku temui pada
minggu hadapan. Sekarang ini, aku tak tahu apa yang patut aku ulangkaji,
itulah, sepatutnya belajar awal-awal supaya tak kelam-kabut, tapi nak buat
macam mana, smeuanya dah pun terlambat. Apa yang aku sempat buka, aku cuba
untuk dapatkan sebanyak mungkin dari apa yang aku pelajari.
Matematik??? Dulu,
aku tak pernah takut dengan subjek nie, even waktu sekolah dulu, aku tak pernah
pun ulangkaji, Cuma harapkan homework jerk lar, tapi sekarang nie, aku rasa
takut yang teramat dengan subjerk ini. Tapi, apa yang patut aku buat? Buat banyak
latihan? Kalau ada buku, mungkinlah aku boleh buat, tapi kalau tanpa buku,
macam mana? Aku sendiri dah buntu. Sekarang baru aku tahu kenapa ramai orang
tak suka math. Aku tak benci tapi aku takut and aku tak tahu apa yang patut aku
tahu dalam math. Aku cuba tapi tetap tak berjaya.
Chemistry pula,
diantara subjek yang mudah untuk difahami tapi aku tak tahu kenapa aku tak
dapat nak score dengan baik. Walaupun aku agak minat sebenarnya, tapi bila
tengok result, terus tak jadi minat. Hemm, sebab tu lah aku tak tahu apa yang
patut jadi pada masa akan datang.
Biology adalah
diantara subjek yang aku minat. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku suka belajar
tentang manusia bukan haiwan mahupun tumbuhan. Tapi apakan daya, kenalah jugakk
tahankan diri untuk belajar semuanya. Aku harap semua ini berakhir dengan
pantas. Biarlah ia berlalu dengan cepat.
Sementara aku rehat
tadi pun aku sempat meng'edit' gambar yang ada. Gambar ini dari koleksi gambar
aku dan rakan-rakan. Sepatutnya pada waktu-waktu macam nie, kami perlu fokus
pada study tapi sempat jugakk tengok movie dan merantau ke tempat lain, tapi bukan
facebook ye.
Ini diantara
gambarnya:
ini pemandangan di riverside pada waktu malam
ini pemandangan berdekatan dengan india street pada waktu malam
gambar yang menyimpan kenangan bersama
Ditulis,
Nabihah Mohammad Illias
Sunday, 29 April 2012
I Love Hayat 3
Cukup sudah dengan kisah tentang PBL 27, kini berpindah pada kisah kelasku. HAYAT 3, sering kali nama tu disebut. Walau pun hayat 3, tapi bukan bermakna kami kelas ke-3. Aku bangga bersama dengan hayat 3 walaupun mungkin ada beberapa yang aku memang tak pernah tegur even aku jujur, masih ada yang aku tak tahu nama pun. But, aku still kenal budak kelas aku. Perpindahan dari fizikal 3 ke hayat 3, tidak pernah aku sesali. Hanya terfikir sejenak, jika aku masih di fizikal 3, bersama siapakah aku sekarang???Mungkinkah aku punya teman serapat Phillomena Jane (tapi aku tetap tak lupa dengan roommate aku).Teman yang sentiasa ada untuk aku saat aku memerlukannya. Bukan hanya dia, malah seluruh hayat 3, saling membantu apabila diperlukan.
Walau banyak ragam, banyak kerenah, tapi hayat 3 sudah menjadi seperti keluarga buat aku. Aku memang kurang rapat dengan kelasku, mungkin kerana aku atau apa alasannya aku tidak pasti. Segalanya tu, tidak penting, yang paling penting adalah gelak ketawa mereka yang bakal aku rindukan. Ketawa Sarah mungkin aku rindui, tangisan rakan-rakan saat ingin berpisah, juga kata-kata perpisahan dari mereka.
Tidak banyak yang dapat aku ceritakan tentang kelasku, tidak banyak yang aku tahu tentang mereka, tapi aku cuba untuk menjadi seseorang yang bergelar rakan di mata mereka. Melihat keletah mereka bersama membuat aku cemburu, cemburu untuk merasa bersama apa yang mereka rasakan. Banyak aktiviti yang membuatkan hubungan kami sekelas semakin rapat. Aku tahu, aku memang tidak banyak menginvolvekan diri dalam setiap akitiviti dan minta maaf jika aku tidak beri sokongan tentang itu, Di sini aku juga ingin menyatakan kata-kata maaf jika selama aku menjadi salah seorang dari hayat 3, ada yang aku tak kenal, sorry sangat-sangat, dan sorry if aku terkasar bahasa or terlalu banyak bercakap atau apa-apa pun, aku minta maaf.
Walau macam mana pun korang tetap sahabat di hati ini. Sejujurnya, aku takut akan dunia luar, dunia yang penuh dengan kata-kata manis, yang pada hakikatnya pahit, Tapi bersama mereka, segala rasa bertukar menjadi satu ketenangan.
Masing-masing akan membawa haluan sendiri selepas ini, mungkin aku tak dapat berkata apa hanya ingin mengucapkan selamat berjaya wahai sahabatku. Inginku genggam tangan kalian dan meneruskan perjuangan bersama hingga ke penghujungnya. Apa yang ingin aku katakan adalah aku bangga menjadi salah seorang daripada kalian di HAYAT 3.
Walau banyak ragam, banyak kerenah, tapi hayat 3 sudah menjadi seperti keluarga buat aku. Aku memang kurang rapat dengan kelasku, mungkin kerana aku atau apa alasannya aku tidak pasti. Segalanya tu, tidak penting, yang paling penting adalah gelak ketawa mereka yang bakal aku rindukan. Ketawa Sarah mungkin aku rindui, tangisan rakan-rakan saat ingin berpisah, juga kata-kata perpisahan dari mereka.
Tidak banyak yang dapat aku ceritakan tentang kelasku, tidak banyak yang aku tahu tentang mereka, tapi aku cuba untuk menjadi seseorang yang bergelar rakan di mata mereka. Melihat keletah mereka bersama membuat aku cemburu, cemburu untuk merasa bersama apa yang mereka rasakan. Banyak aktiviti yang membuatkan hubungan kami sekelas semakin rapat. Aku tahu, aku memang tidak banyak menginvolvekan diri dalam setiap akitiviti dan minta maaf jika aku tidak beri sokongan tentang itu, Di sini aku juga ingin menyatakan kata-kata maaf jika selama aku menjadi salah seorang dari hayat 3, ada yang aku tak kenal, sorry sangat-sangat, dan sorry if aku terkasar bahasa or terlalu banyak bercakap atau apa-apa pun, aku minta maaf.
Walau macam mana pun korang tetap sahabat di hati ini. Sejujurnya, aku takut akan dunia luar, dunia yang penuh dengan kata-kata manis, yang pada hakikatnya pahit, Tapi bersama mereka, segala rasa bertukar menjadi satu ketenangan.
Masing-masing akan membawa haluan sendiri selepas ini, mungkin aku tak dapat berkata apa hanya ingin mengucapkan selamat berjaya wahai sahabatku. Inginku genggam tangan kalian dan meneruskan perjuangan bersama hingga ke penghujungnya. Apa yang ingin aku katakan adalah aku bangga menjadi salah seorang daripada kalian di HAYAT 3.
ini diantara video pendek yang penuh dengan kasih sayang hayat 3 terhadap seseorang yang bergelar sahabat
ucapan yang menyayat hati dari mereka di akhir lecture
Dari kiri: Shereen, Thaqief, Haxieken,Farhan, and lastly Acai with Daniel
bila ada kata-kata perpisahan, pasti ada tangisan. Insyaallah kita akan bertemu lagi wahai sahabat
Dari Atas: Tarsha (my lab partner) with Addelina, Shereen with her tears and Wanie also Khaironie and Masitah
di saat akhir sebelum membuat persediaan untuk final exam
Dari atas: Syakirin, Atiqah, Adilla, Piqa, Diana
Dari kiri: Khairunnisa', Muhsin, Mieza
dapatkah aku melihat senyuman mereka lagi? atau mereka akan melupakan aku?
Dari Atas: the birthday boy on that day (Farhan) with his roommate (Aizuddin),
Dari Kiri: Farah, Laily with alamak (minta maaf, tak tahu nama)
masing-masing posing bila nampak camera
Dari kiri:Aina, Nieda, Frank, and the always cheerful person is Muzakkir
this is a moment when we sang this song together and say,
WE LOVE HAYAT 3
always happy and really miss this moment
and this is my hayat 3
Senyum,
Kepada semua,
Semyumanmu amatlah berharga,
Senyum,
Membahagiakan,
Dengan senyuman,
Terjalinlah ikatan.
ku hadiahkan lagu ini buat kalian.
terima kasih atas segalanya.
IKHLAS DARI HATI,
Nabihah Binti Mohammad Illias
Friday, 27 April 2012
PBL 27
Segalanya berjalan
terlalu cepat dan pantas tanpa aku sedari, sudah hampir setahun aku berada di
bumi Unimas ini. Dan tidak ku sangka telah setahun aku mengenali rakan-rakan
sekelasku juga yang lain. Telah lama ku biarkan laman ini senyap tanpa
kata-kata yang terukir di paparan. Kini, aku kembali untuk mencoret segala
kenangan yang tidak akan aku lupakan juga tidak ingin aku lupakan.
Hari pertama aku
menjejakkan kaki di kelas adalah bersama fizikal 3 dan aku juga tahu, mereka
tidak sempat mengenali aku kerana waktu yang singkat untuk aku berada di sana.
Hanya 2 jam masa yang habiskan bersama mereka serta Mr. Alif pada waktu itu dan
setelah itu, aku dipindahkan ke hayat 3 secara rasminya. Takut? Itulah
perkataan yang sempat terlintas di fikiranku sewaktu menjejakkan kaki ke kelas
tersebut. Mereka rapat, walau baru berjumpa. Tidak seperti aku, yang bukan
mudah untuk berkata, lebih-lebih lagi pada siapa yang tidak aku kenali. Terasa
asing, seperti di bumi alien. Hah, pelik dan terasa geli hati tika mengingat
kembali saat itu.
Banyak program yang
diadakan sepanjang aku berada di Unimas, tidak seperti universiti lain, memang
Unimas agak istimewa berbanding yang lain. Salah satunya adalah, group PBL yang
merupakan salah satu group under subject Biology. Memang terasa kebosanan yang
teramat saat pertama kali aku menjejakkan kaki ke group ini, tapi pada
akhirnya, group ini lah yang paling ceria dalam hati aku. Perjalanan sepanjang
PBL dijalankan, bermacam-macam benda yang aku pelajari serta tingkah laku serta
ragam mereka. Telatah sering mencuit hati aku. Even, aku sedang muram pasti
akan tersembur juga melihat telatah ahli group aku terutama Daniel and Fitri.
Mereka berdua nie seperti kembar yang tak dipisahkan. Mana taknya, segalanya
buat bersama. Muka pun serupa, itu merupakan pandangan aku bersama yang lain
saat pertama kali berkumpul di dewan Unimas. Dewan yang menyimpan seribu
kenangan. Di situ, Thaqief melayangkan kertas yang tergambar perkataan PBL 27,
alangkah bangganya saat itu. Aku bangga memiliki mereka sebagai sahabat.
Sahabat yang mungkin tidak pernah lenyap dari ingatanku. Mungkin aku lupa nama
korang, tapi bukan wajah, gelak tawa serta segala memori yang tersimpan dan
sentiasa tersemat di hati.
ini diantara gambar yang aku ada setakat nie, dan ini gambar waktu sem1, dan tak sangka kita dah bersama selama setahun.
Kenangan sewaktu
berjalan dan juga di Pantai Damai sangat seronok even pada mulanya, banyak yang
tidak cukup. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih
atas segala ucapan serta kata-kata. Terima kasih juga atas segala kenangan yang
korang semua berikan. Ingin airmata ini mengalir tapi hanya mampu di dalam
hati. Tidak pernah ku temu, sahabat sebaik serta sentiasa bersama, walau marah,
sakit hati, tapi tetap bersatu. Ah sudah, kenapa aku makin merepek nie??? Ishh,
sudah, sudah. Tapi kata-kata aku memang jujur, aku seronok dapat satu group
dengan Thaqief (K1), Fitri (K2), Nadzmi(K3), Daniel (K4), aku sendiri, Rini
(K5), serta Tiqs dan Genevie yang sering memeriahkan suasana bersama Fatin and
Rini juga Fify, dan tak lupa pada Masitah yang senyap jerk macam ada emas dekat
dalam mulut juga teman kesayangan aku yang seorang nie, Jane. Thank you very
very very the very much for everything.
ini gambar yang sebenar..
cantik dan handsome, kawan-kawan aku...
tapi jangan bangga sangat plak, nanti ada yang nangis sebab rindu...
nak pinjam ayat nie "even aku nyanyok waktu aku dah betul-betul tua sangat nanti, aku takkan pernah lupakan kenangan kita semua".
cantik dan handsome, kawan-kawan aku...
tapi jangan bangga sangat plak, nanti ada yang nangis sebab rindu...
nak pinjam ayat nie "even aku nyanyok waktu aku dah betul-betul tua sangat nanti, aku takkan pernah lupakan kenangan kita semua".
thank you.
Akan aku rindu korang,
Duhai sahabat,
Dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskupun jarak memisahkan,
Namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin,
Teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir.
lagu ini, aku hadiahkan buat kalian.
IKHLAS DARI HATI,
Nabihah Mohammad Illias
Monday, 16 April 2012
Harus Berubah
Jujur sejujurnya aku tak ada perasaan nak study, apa yang perlu aku buat? Aku kesian kan ibu, aku kesian kan ayah, juga atuk dan bak, harapan mereka nak kan aku menjadi seorang doktor sememangnya musnah dari awal lagi sewaktu mendapat tahu keputusan sem 1. Memang tidak ada sebarang harapan untuk dapat bidak medikal, so, aku pun membatalkan niat aku untuk memohon.
Belajar? Minat? Orang kata kalau kita minat something, kita belajar untuk mendapatkan apa yang kita minat, but aku tak pernah tahu apa yang aku minat sebenarnya. Yang aku tahu aku seronok bila aku dapat menyanyi dan berlakon. Semuanya rasa macam hilang beban kat kepala. Sekarang nie aku cuba untuk menjinakkan diri untuk study biology coz aku target untuk dapatkan sains kognitif. Pasti semua orang tertanya, apa tu kognitif? Susah nak cakap sebenarnya, lagipun kognitif dekat unimas tak sama macam kat universiti lain. Aku meminati physicology pada mulanya, tapi tidak kaunseling. Ibu dan ayah pun tak dapat menolong ketika membuat pilihan sebab diorang tak tahu tentang bidang-bidang tu.
Ehmm, aku penat serta lelah buat segala benda yang aku tak minat. Memang betul kata-kata roommate aku sorang nie, penat bula buat benda yang kita memang tak de hati kat benda tu. Tapi nak buat macam mana, tahan jerk lar, dan aku rasa apa yang aku nak nanti, sama jerk dengan semua yang aku belajar sekarang. Bila nak berhenti kalau macam tu? Takkan tak nak sambung belajar and terus fikir nak kahwin. Even nak kahwin pun nak kena belajar untuk bertanggungjawab dan menguruskan rumahtangga, bukannya senang. Huh, memanglar dalam dunia tak de benda yang mudah kecuali kita suka dan pakar semuanya jadi mudah, senang dan simple.
Tapi apa yang aku minat, tak mungkin menjadi satu dari bidangku. Mungkin hanya untuk suka-suka bukan untuk perkara serius. Sekarang nie, aku memerlukan semangat untuk terus belajar. Aku tak tahu ke mana semangat aku untuk belajar hilang. Waktu aku masih lagi kecil, aku suka belajar, dan aku terima segala apa yang diajarkan pada aku tanpa sebarang complaint, tapi sekarang, bukan setakat complaint, malas yang paling utama serta macam-macam lagi alasan yang aku beri termasuklah takde mood.
Aku cemburu melihat rakan-rakanku yang belajar dan terus belajar, mereka belajar, bersuka-ria, tapi mereka dapat apa yang mereka mahukan. Tapi aku, aku memerlukan usaha, dalam kelas pun aku susah nak fokus. Aku bukan macam dulu. Tapi apa alasannya kali ini. Terlalu banyak alasan yang aku berikan untuk belajar. Untuk berjaya tidak memerlukan alasan yang banyak, bagi aku hanya satu dan paling utama, untuk diri sendiri.
Bukan senang nak pupuk semula diri aku, pada awal sem ini maybe aku berjaya tapi sekarang dah tak lagi. Aku inginkan diri aku yang dulu. Aku perasan yang aku seakan-akan penat nak meneruskan perjuangan walaupun ia belum tiba garisan penamat, tapi aku tak mampu.
Keputusan exam aku, membuat aku semakin kecewa dengan diri aku, kebakaran yang berlaku pula banyak menelan segala tugas yang diberikan kepada kami. Huh, nak buat macam mana segala markah akan depends pada final dan sekarang dah jadi macam zaman sekolah, tak de carry mark. Segalanya jadi susah bila tak de carry mark, aku tahu carry mark sangat membantu dalam segala benda. Aku tahu kebakaran tersebut berlaku tanpa kehendak sesiapa, tapi aku cuba mencari apa hikmahnya berlaku semua ini? Pasti ada yang tersirat disebalik apa yang berlaku.
Aku harus meneruskan perjuangan, aku perlu terus maju, maju bersama yang lain, biarkan yang lain sudah siap memegang senjata tapi aku perlu terus mengasah senjataku agar lebih tajam serta lebih bagus berbanding yang lain. Pabila tiba saatnya, akan aku gunakan senjata itu sebaik mungkin. Tapi mampukah aku? Jangan selalu mempersoalkan kredibiliti diri sendiri, kerana apa-apa yang penting adalah percaya pada diri sendiri.
Sincerely,
Nabihah
Saturday, 14 April 2012
Putus
Terbengkalai? Tertinggal? Ingin dibersihkan dari laman ini. Hati? Akal? Jika semuanya dapat aku sucikan seperti mana aku lahir pada tanggal 6 November 1993, alangkah beruntungnya aku. Tapi apakan daya, aku hanya manusia, manusia yang merupakan pelakon di atas pentas dunia dengan memainkan wataknya sendiri. Ingin aku lupakan rasa sakit dikhianati, ingin aku lupakan segalanya.
Jangan kau salah mengerti, tidak pernah aku menyimpan secebis dendam mahupun benci, hanya tingkahmu membuatku muak, muak dengan segalanya!!! Aku tak pernah meminta tapi si dia yang mencariku dan bercerita, aku tidak pernah mengharapkan lebih, hanya hubungan sekadar teman yang aku dambakan. Aku bukanlah pemarah, malah bukan juga penyabar, yang aku tahu hanyalah, hati aku tidak sakit tika dia menyatakannya hanya kejutan yang aku terima, tapi aku senang kerana kau telah menemukannya.
Keputusanmu memutuskan tali persahabatan membuatkanku semakin terkejut, kerana adakah niatmu pada mulanya ingin mempermainkan? Atau apa? Aku sendiri tidak dapat memikirkannya even aku tidak mahu tahu tentang itu? Dan aku tidak mengharapkan apa-apa, hanya persahabatan. Pergilah dengan siapa pun yang kau mahu, tapi janganlah kau tinggalkanku…
Tiada teman untuk aku berbalah, malah tiada teman untuk aku bercerita, aku tahu kau tidak akan faham apa yang aku katakan tapi aku hanya meluahkan. Maaf dari ku kerana tidak pernah ingat apa yang kau ajarkan juga tidak pernah ingat kata-katamu, bukan sengaja tapi aku memang cepat lupa. Kau sentiasa ingat, dan aku tak tahu apa semuanya benar ataupun tidak, hanya Dia yang tahu.
Aku berserah segalanya, aku tidak mahu menghancurkan segalanya. Jika ini membuatmu tenang, aku terima. Terima kasih atas segalanya serta maafkan aku atas segala kata kasarku.
Yang Ikhlas,
Nabihah
Saturday, 24 March 2012
Sahabatku!!!
Telah lama ingin aku menulis balasan ku terhadapmu, hanya masa kurang mengizinkan, ingin menyampaikan kata, tetapi tidak mampu untuk berdepan. Tampak hebat juga cantik, tampilanmu berbaju kurung serta berselendang dengan kata-kata ucapan yang manis pada tarikh 23 Mac 2012. Bijak mengenali cinta!!! Ingin aku menyintai sahabat-sahabatku, serta ingin aku semai segala memori yang bertaut sepanjang aku mengenali mereka.
Hati hanya mampu berbicara tapi mulutku seakan terkunci pabila berdepan denganmu wahai sahabat. Maafkan aku jika aku menyakitimu, dan maafkan aku jika kata-kata maaf terlalu lambat aku ucapkan. Tidak ada maksud menyakiti, mahupun menakutkan hanya berat mulutku untuk berkata di depanmu. Mungkin sikapku membuat kau terasa tetapi kau mengenalku terlebih dahulu dari yang lain. Tarikh 16 Januari 2011 sentiasa diingatan dan takkan pernah ku lupakan.
Desiran angin menyampaikan berita, engkau akan pergi meninggalkanku bersama yang lain. Aku tenang mendapat tahu, hanya tertanya, salahkah jika kau bercerita kepadaku. Mungkin aku bukan yang terbaik dikalangan temanmu yang lain. Hanya diriku yang tidak menyedari kebenaran itu. Ya, sekarang aku sedar semuanya.
Tegurlah aku, jika engkau melihatku, bukan aku tidak ingin, hanya terasa kerdil menegurmu dikalangan sahabatmu yang lain. Ingin ku tegur, belum sempat, engkau sudah menyambar yang lain. Aku hanya mampu melihat dan tersenyum pahit.
Bukan hanya padamu, malah juga yang lain, maafkan aku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik buat kalian. Mungkin sukar untuk memahamiku, dan aku tidak pernah menyalahkan kalian atas segala yang bakal mahupun telah berlaku.
AKU AKAN SENTIASA MENYAYANGI SAHABATKU!!!
segalanya terukir di bintang...
Hati hanya mampu berbicara tapi mulutku seakan terkunci pabila berdepan denganmu wahai sahabat. Maafkan aku jika aku menyakitimu, dan maafkan aku jika kata-kata maaf terlalu lambat aku ucapkan. Tidak ada maksud menyakiti, mahupun menakutkan hanya berat mulutku untuk berkata di depanmu. Mungkin sikapku membuat kau terasa tetapi kau mengenalku terlebih dahulu dari yang lain. Tarikh 16 Januari 2011 sentiasa diingatan dan takkan pernah ku lupakan.
Desiran angin menyampaikan berita, engkau akan pergi meninggalkanku bersama yang lain. Aku tenang mendapat tahu, hanya tertanya, salahkah jika kau bercerita kepadaku. Mungkin aku bukan yang terbaik dikalangan temanmu yang lain. Hanya diriku yang tidak menyedari kebenaran itu. Ya, sekarang aku sedar semuanya.
Tegurlah aku, jika engkau melihatku, bukan aku tidak ingin, hanya terasa kerdil menegurmu dikalangan sahabatmu yang lain. Ingin ku tegur, belum sempat, engkau sudah menyambar yang lain. Aku hanya mampu melihat dan tersenyum pahit.
Bukan hanya padamu, malah juga yang lain, maafkan aku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik buat kalian. Mungkin sukar untuk memahamiku, dan aku tidak pernah menyalahkan kalian atas segala yang bakal mahupun telah berlaku.
AKU AKAN SENTIASA MENYAYANGI SAHABATKU!!!
segalanya terukir di bintang...
Saturday, 3 March 2012
Hidup yang Singkat
Masa, waktu berjalan dengan penuh yakin,
Hidup terasa semakin bermakna,
Dengan pengalaman aku belajar,
Dengan pengalaman aku hadapi,
Dengan kekuatan aku tabah,
Dengan iman aku Redha,
Aku Redha atas ketentuan-Mu...
Hidup terasa semakin bermakna,
Dengan pengalaman aku belajar,
Dengan pengalaman aku hadapi,
Dengan kekuatan aku tabah,
Dengan iman aku Redha,
Aku Redha atas ketentuan-Mu...
Saturday, 11 February 2012
Sakit yang Ku Rasakan, Ampunkan Aku Ya Rabbi..
Blog nie lar yng menjadi tempat luahan hati, hanya di blog aku dapat meluahkan segala yang terpendam. Bukan aku tiada teman cuma aku tidak tahu bagaimana cara meluahkan.
Hari-hari exam semakin dekat dan hati aku masih sakit sampai sekarang. Sejujurnya, aku dah lama lupakan tapi bila melihat gambar-gambar tu, aku jadi teringat kembali. Bukan aku tak ingat hari kelahiran kau, malah aku sentiasa mengingati tarikh itu even, annivesary parents aku pun aku terlupa nak wish even aku ingat. Aku memang nak wish tapi ego aku tak membenarkan. Maafkan aku kawan.
Dari pertama kali, aku mengenali kau, wujud perasaan cemburu aku terhadap kau, Kau punya segalanya, tidak seperti aku, Aku tahu kau bukan jenis menunjuk tapi kau perlu tahu untuk lebih menghargai rakan. Ibu aku selalu cakap, "sabarlah kak, jangan kita balas apa yang orang buat kat kita, biar kita sakit tapi jangan kita biarkan orang lain sakit". Kata-kata itulah yang aku pegang sampai sekarang, dan aku masih buat seperti biasa pabila aku terlihat kelibat kau. Bukan saja kau malah yang lain pun sama.
Aku penat dan aku lelah. Aku tak mampu untuk bertahan sehingga airmata sering keluar pabila mengimbau kembali detik-detik bersama. Aku hanya berserah kepadaMU Ya Allah, ampunkan dosaku kerana telah wujud perasaan sakit hati terhadap rakanku, sedangkan aku tahu, itu adalah ujian Dari-MU terhadapku. Tidak wajar aku berasa sakit hati atas ujian-MU kerana jika wujud perasaan itu, itu beerti wujudnya sakit hatiku terhadap-MU Ya Rabbi. Ampunkan aku Ya Allah....
Hari-hari exam semakin dekat dan hati aku masih sakit sampai sekarang. Sejujurnya, aku dah lama lupakan tapi bila melihat gambar-gambar tu, aku jadi teringat kembali. Bukan aku tak ingat hari kelahiran kau, malah aku sentiasa mengingati tarikh itu even, annivesary parents aku pun aku terlupa nak wish even aku ingat. Aku memang nak wish tapi ego aku tak membenarkan. Maafkan aku kawan.
Dari pertama kali, aku mengenali kau, wujud perasaan cemburu aku terhadap kau, Kau punya segalanya, tidak seperti aku, Aku tahu kau bukan jenis menunjuk tapi kau perlu tahu untuk lebih menghargai rakan. Ibu aku selalu cakap, "sabarlah kak, jangan kita balas apa yang orang buat kat kita, biar kita sakit tapi jangan kita biarkan orang lain sakit". Kata-kata itulah yang aku pegang sampai sekarang, dan aku masih buat seperti biasa pabila aku terlihat kelibat kau. Bukan saja kau malah yang lain pun sama.
Aku penat dan aku lelah. Aku tak mampu untuk bertahan sehingga airmata sering keluar pabila mengimbau kembali detik-detik bersama. Aku hanya berserah kepadaMU Ya Allah, ampunkan dosaku kerana telah wujud perasaan sakit hati terhadap rakanku, sedangkan aku tahu, itu adalah ujian Dari-MU terhadapku. Tidak wajar aku berasa sakit hati atas ujian-MU kerana jika wujud perasaan itu, itu beerti wujudnya sakit hatiku terhadap-MU Ya Rabbi. Ampunkan aku Ya Allah....
Thursday, 2 February 2012
Berjalan Tanpa Henti 2
Sepanjang aku diberi empat hari cuti, aku dan yang lain berjalan tanpa henti tanpa menghiraukan penat,lelah yang kami alami. Buat kali pertama aku merasa apa itu rehat dan apa itu cuti. Yela,selalunya kalau cuti pun mesti ada jerk kerja yang perlu diselesaikan. Penat, penat, dan sentiasa penat. Mungkin ini juga penat tapi aku puas dengan segala kepenatan yang aku alami kerana aku dapat melihat segala keindahan alam yang mungkin belum pernah aku lihat. Mana tidaknya, ibu dan ayah aku memang tak pernah membenarkan aku dan adik-adik aku menjejakkan kaki ke laut kecuali bila aku dah besar nie. Dan aku juga rasa, aku perlu memanfaatkan peluang yang ada nie, sebaiknya.
Satu hari kami di Sungai Ranchan bermandi-manda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Nak cuba rasa bagaimana mandi di kawasan dalam. Ada juga keluarga yang siap bawak sabun dan segala peralatan mandi, maybe nak jimat duit air sambil-sambil dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga. Kami sempat mengambil beberapa gambar ketika berseronok di dalam air.
Buat kali pertama di semester kedua nie, aku berpisah dengan lappy kesayanganku yang kalau ikutkan hati nak jerk aku bawak sekali, tapi mira cakap ' apa???nak buat apa bawak, nak g mandi sungai lar, takkan nak bawak kowt….' lebih kurang macam tu la, aku pun bukannya ingat sangat pun. Di Ranchan terdapat pelbagai kawasan yang boleh kami pilih untuk menikmati air sungai dan kami memilih untuk berada di kawasan atas dan kami perlu meredah hutan untuk sampai ke kawasan tersebut. Selesai menikmati makanan sambil bermain air, kami berangkat untuk pergi ke kawasan air terjun yang terletak di bawah. Air di bawah agak dalam dan agak keruh warnanya berbanding yang sebelumnya. Kata Jane dan Mira semakin dalam sungai, semakin gelap warnanya.
Mereka berdua nie, banyak pengetahuan tentang sungai dan laut kerana Jane dilahirkan di Bintangor, Sarawak yang terletak berdekatan dengan kawasan sungai dan sememangnya perkerjaan dialah untuk melompat-lompat seperti harimau bintang yang tak suka masuk dalam air tapi pantang nampak batu mesti nak lompat dan Mira pula, selalu melancong bersama keluarga dan pergi ke kawasan seperti pulau dan ayahnya juga mengajar mereka berenang. Untunglar...
Setelah kami berasa lelah, kami memaksa kaki yang telah lama penat kerana turun naik tangga dan meredah sungai yang penuh dengan batu ke bilik. Dan kami membersihkan diri sebersih-bersihnya. Terdengar bunyi keroncong yang rupa-rupanya datang dari perut kami, kami pun meratah roti dan makanan tin yang sempat kami beli. Pada waktu malam kami mengisi perut kami dengan memakan KFC dan kami semua menikmati nasi ayam!!! Ehmmm...sedapnya sampai menjilat jari. Balik-balik jerk semua perut dah kekenyangan sampai fikir nak tidur jerk lepas tu.
Salam Sayang,
Nabihah
Wednesday, 25 January 2012
Berjalan Tanpa Henti
Cuti raya cina yang sambutannya agak meriah dengan letupan mercun yang agak cantik warnanya berjaya menceriakan hati aku yang telah lama menunggu masa untuk merehatkan fikiran. Mana tidaknya, sepanjang kuliah berjalan seperti tidak ada rehat dalam kamus hidup aku. Bila dah cuti, ramailah yang tetiba tersenyum kerana mereka akan pulang ke pangkuan keluarga tapi tidak aku. Bukan tidak ada niat untuk menjenguk keluarga, hanya tidak mahu membazir wang mereka. Almaklumlah, bila duduk di seberang laut cina selatan nie, banyak pakai duit.
Orang lain balik, maka aku dan roommate kesayangan aku nie telah merancang bersama yang lain untuk bermalam di Santubong. Tapi segalanya tinggal impian saja, oleh kerana ramai yang membatalkannya disaat-saat akhir. Kalau ikut hati, memanglah geram tapi kebanyakan mereka memberi alasan parents tak bagi. Dan aku hanya mampu akur saja.
Tapi sebelum kami memulakan pengembaraan kami, aku telah bercadang untuk menebus voucher, eh, bukan tebus tapi gunakan voucher. Kerajaan dah bagi, apa lagi manfaatkanlah, takkan nak membazir pulakkan. Tapi aku bukannya terus pergi ke toko buku tapi panggung wayang yang menjadi sasaran aku, mira dan jane. Sebelum tu, isi perut dulu lar kan, lapar dari pagi tak makan + tunggu ramli yang terlalu banyak kerja mengalahkan VIP sampai 3 jam and dah tak mampu dah nak marah coz yang paling penting ada orang yang sanggup ambil kitaorang. Cerita UNDERWORLD yang dipilih, agak menarik walau aku pernah menontonnya sebelum ini dan mungkin ini sambungannya kata jane.
Toko buku POPULAR!!!jejak jerk kaki dekat pintu depan rasa macam betul ke nie, macam susah nak percaya. Bukan main ramai lagi orang, beratur pun sampai ke belakang and macam dah tak cukup ruang dah. Aku ambil 1 jam lebih nak beli barang dan aku hanya mampu menggunakan satu keping voucher jerk setakat ini dan sempat membeli sebuah novel karya Ramlee Awang Mursyid, MANDATORI. Dah, sampai jerk dekat kolej, senyap sunyi jerk and sampai aku fikir, semua orang balik ke????
Esoknya, aku bangun awal tak seperti kebiasaannya aku bangun. Tahulah, anak dara mana boleh bangun lambat tapi zaman sekarang semua dah terbalik termasuklah aku yang sering terlajak tidur. Qada' tidurlah katakan. Aku terus bersiap kerana pagi itu kami akan bertolak ke Ranchan. Air yang bersih dan jernih, wahhh, aku sangat merindui airnya. Even setakat nie, aku baru 2 kali mandi sungai itu pun ke Ranchan lah, kalau tak, memang sampai bila-bila pun takkan jejak. Menikmati cuti memang seronok tapi sentiasa akan terbayang alangkah indahnya jika aku dapat pergi dan bermain bersama keluarga.
Salam Bumi Kenyalang,
Nabihah
Monday, 23 January 2012
Ceritera Hari Ini
Kehadiran hari ini disambut oleh sinaran mentari yang amat menyegarkan tubuhku. Aku bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk menatap bumi yang fana ini. Terbukanya mataku, terlihat akan gelagat roommate yang seorang ini. Terlihat akan keletahnya yang bangun dari tidur terus mendapatkan laptopnya yang berada di dalam almari.
Begitu juga aku yang terus menarik laptopku yang berada di bawah bantal tempat aku tidur. Perkara pertama yang aku lakukan adalah membuka laman muka buku kerana ingin melihat ada atau tidak balasan dari seorang yang aku tunggu. Memang hati ini masih tidak bertaut kepada dia tetapi aku sentiasa ingin membaca balasan darinya. Even aku juga suka baca blognya kerana aku tahu dia membuat blognya kerana aku walau aku tidak tahu kenapa.
Banyak postnya berkaitan dengan aku, dan ada juga gambar aku di dalam blognya. Aku tidak pernah menyangka akan datangnya seorang lelaki dan memohon cintaku serta begitu mencintainya. Telah banyak yang lakukan untuk dia menjauh dari aku tetapi segalanya tidak pernah berjaya. Dia lebih suka menunggu.
Dalam masa yang sama, hati aku masih tidak dapat melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati ini. Detik 3 tahun itu memang sangat sukar untuk dilupakan begitu saja.
Hari bersilih hari, setiap detik dan saat bergerak dengan begitu pantas, seusai aku, dorathy, jane dan mira berjalan kaki untuk pergi mengisi kekosongan di perut sambil meredah hujan yang semakin lebat sehingga membuat aku jadi terbalik dari asalnya. Itu pun kerana angin yang terlalu kuat.
Hampir tiba di kawasan kolej aku, mira dan jane membuat keputusan untuk tidak menggunakan payung. Ha, kita orang nak meredah hujan sebenarnya ataupun main hujan. Dah lama sangat tak main hujan, dan aku rasa last aku main hujan pun semasa aku dihalau dari rumah waktu aku kecil. Yela, budak nakal lar katakan, mana taknya kena halau, padan muka kan.
Waktu malam kami pergi menonton pertandingan drama inter-class yang dianjurkan oleh badan seni dan kebudayaan. Sebelum pergi tu, rasa nak tergelak bila tengok dorathy yang memakai pakaian korporat. Belum sempat cakap lagi, dia cakap macam nie ' saya tahu awak nak cakap apa, awak mesti nak cakap yang baju nie macam baju orang yang kerja dekat petronas tuang minyak tu kan?' ha, terkedu aku bila dengar ayat dia, tapi memang betul pun and memang sebiji sangat Cuma tak ada lambang petronas jerk. Haha….
Memang seronok aku tengok persembahan drama malam nie, tak disangka orang yang selama ini senyap dalam kelas mampu menunjukkan bakat mereka, bukannya seperti aku yang masih takut untuk memasuki kelompok mereka. Aku seronok bila mendapat khabar bahawa kelasku mendapat tempat kedua. Ceria semua bersorak sehingga membingitkan telinga aku. Aku lihat wajah-wajah ceria mengambil gambar bersama dan aku hanya mampu tersenyum melihat keletah mereka.
Ingin aku sampaikan ucapan tahniah tapi hanya hati yang mampu berbicara saat aku melintasi mereka. Aku merasa ketidakwujudan aku disitu dan kerana itu aku lebih memilih untuk pergi tanpa mengucapkan apa-apa. Pernah juga terniat untuk bersama mereka kerana melihat senyum tawa mereka sudah cukup membuat aku tersenyum walau aku bukan di antara mereka cuma aku ingin mereka merasa kewujudan aku.
Tiba di bilik, aku terus mencapai laptop dan mengucapkan tahniah melalui itu. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Roommate aku telah lena dibuai mimpi indah, indah kew?? Agak lar kowt, hope lar…tapi hujan masih mengalunkan bisikan rintik-rintik di luar.
Aku hanya berharap setiap hari, ada warna yang menceriakan cerita hariku. Kerana setiap tona warna yang dihasilkan mempunyai maksud dan cerita disebaliknya. Itulah warna kehidupan.
Saturday, 14 January 2012
Luahan Rasa Seorang Teman
Semakin meningkat umur, semakin banyak dugaan dan pengalaman yang ditimba oleh aku sebagai seorang pelajar. Lebih-lebih lagi aku menuntut di salah sebuah university yang agak baru di Sarawak. Jauh dari keluarga serta rakan-rakan yang sering berkongsi suka-duka bersama. Setiap manusia punya hati serta punya perasaan.
Aku adalah salah seorang pelajar dari sekolah SMKA yang kebanyakan orang tahu bahawa sekolah tersebut adalah sekolah agama. Aku seronok dalam menimba serta mendalami segala ajaran agama serta dapat mendalami bahasa arab yang boleh dikatakan bahasa yang paling susah untuk difahami. Apabila aku menjejakkan kaki keluar dari sekolahku, hatiku terus berbisik serta tertanya ‘Bagaimana kehidupan di dunia luar serta mampukah aku dengan segala godaan di luar sana?’ . Sehingga sekarang semuanya masih menjadi tanda tanya.
Sesungguhnya aku amat takut akan dunia luar dan kebanyakan pelajar juga menunjukkan reaksi yang sudah dapat aku agak dari mula lagi setelah mereka tahu di mana aku bersekolah. Aku tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh mereka dan mereka tidak tahu bagaiman aku di sekolah, kerana itu aku membuat keputusan untuk mengendahkan kata-kata mereka dan hanya aku pohon adalah doa mereka agar dikuatkan hatiku untuk menuju ke jalan Ilahi. Aku tidak terpesong, hanya belum bersedia untuk melakukan apa yang patut. Pernah terlintas untuk memakai yang labuh tetapi keyakinan itu tidaklah kuat.
Dari kecil hinggalah dewasa, tidak pernah terdetik bahawa diri ini perlu untuk bersuara. Aku hanya mampu memencilkan diri berbanding bersuara akan kerana terasa kerdilnya diri ini. Memang dari kecil aku tidak pernah didedahkan dengan bercakap di depan orang ramai, tidak seperti adik-adikku yang lain berani tampil untuk bersuara. Kekadang terasa malu bila melihat keletah mereka. Pernah aku menangis ketika melakukan oral bahasa melayu di sekolah kerana takut dan itu jugalah yang berlaku pada keputusan MUET ku. Walau aku belum melihat markah keseluruhanku tapi aku perlu mengambil semula ujian untuk MUET semula dan ini aku lakukan demi masa depanku.
Aku takut akan pertandingan tapi aku sedar yang aku harus belajar untuk bersuara. Aku cuba untuk melangkah dari bawah dan cuba untuk menggapai tangan yang diatas. Aku cuba dengan memberanikan diri di atas pentas dengan kelebihan yang aku ada, namun aku masih tetap gugup cuma kerana kecacatan mata yang aku alami mengurangkan rasa takut itu. Aku tidak dapat melihat penonton dengan jelas dan aku bersyukur kerana aku tahu segala yang berlaku itu ada hikmahnya.
Setiap manusia pasti memasang cita-cita sejak kecil lagi, begitu juga aku dan apabila aku menjejakkan kaki ke alam universiti, segala kelemahan aku telah kelihatan dan aku tahu yang aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang doktor. Aku cuba menyelami minatku, tapi aku tiada jawapan dan aku masih keliru. Aku terlalu meminati muzik tapi tidak mungkin aku ke bidang itu. Aku tertarik kepada manusia, ragam mereka, gaya kehidupan dan segala yang berada disekeliling mereka. Ingin aku tahu apa yang mereka fikir, bagaimana mereka jadi begitu, apa sebabnya, dan segalanya tersimpan menjadi persoalan yang bakal ku rungkai satu hari nanti dan Insyaallah jika hari itu tiba.
Secara jujur, aku memerlukan seseorang untuk menjadi akar yang mampu menyokong aku. Bukan teman lelaki yang aku inginkan tetapi seorang teman. Memang aku mempunyai teman di sini tapi di saat aku bersendirian, hati ini pasti merintih, bukan niat hendak bermanja hanya takut ditinggalkan. Bagaimanakah kehidupan ku selepas asasi??? Bagaimana rakan-rakanku, adakah mereka akan melupakan aku? Aku adalah seseorang yang sangat sukar untuk mendapat kawan kerana sifat takut. Takut terhadap apa, aku sendiri tidak tahu. Teringin hendak bergaul dengan yang lain di dalam kelas, tetapi lebih memilih untuk melihat mereka bergelak tawa dan berkongsi ilmu bersama. Aku ingin mereka rasa akan kehadiranku, tapi apa yang patut aku lakukan???
Aku perlu seorang tutor bukan seorang teman tetapi siapa. Aku perlu seorang tutor yang mudah memahami dan sabar dengan kerenahku yang lambat dalam memahami sesuatu. Sudah pelbagai yang aku cuba, tetapi hasilnya tetap tidak berubah. Secara keseluruhannya, aku memerlukan seseorang yang dapat memberikan aku inspirasi dan menaikkan semangat aku.
Tiada rahsia yang ingin ku kongsikan kerana segalanya adalah luahan,
Tiada kata yang mampu ku susun, hanya diri ingin engkau tahu...
Tatkala kau bersedih aku ada,
Tatkala kau bersedih aku ada,
Tatkala aku berdih,
Adakah tangan yang mampu menghilangkan rasa sedih ini???
Pernah aku merintih dengan airmata yang mengalir di pipi saat melihat pemandangan di bumi ini, sungguh ciptaan-NYA yang Maha luas. Aku tahu dia sering ada di sisiku...
Adakah tangan yang mampu menghilangkan rasa sedih ini???
Pernah aku merintih dengan airmata yang mengalir di pipi saat melihat pemandangan di bumi ini, sungguh ciptaan-NYA yang Maha luas. Aku tahu dia sering ada di sisiku...
Monday, 9 January 2012
Tanggal 9 Januari 2012
Sudah sekian lama laman putih ini bersarang dan teringin pulak nak kongsi pengalaman dengan semua semasa terlibat dengan lawatan ke Fakulti Perubatan dan Kesihatan UNIMAS. Pelajar mana yang tak nak menjejakkan kaki ke sini. Fakulti nie menjadi idaman setiap orang tapi tak semua dilahirkan untuk menjadi seorang doktor mahupun seorang jururawat. Banyak yang aku timba di sini walaupun time balik tu terasa lapar yang teramat akibat tak makan tengah hari.
9 Januari adalah tarikh pertama kali, aku menjejakkan kaki ke Fakulti Perubatan dan Kesihatan UNIMAS. Ini adalah pertama kerana aku adalah pelajar tukaran dari sains fizikal ke sains hayat. Setelah sekian lama aku ingin menjejakkan kaki ke sana, akhirnya tercapai juga hasrat aku. Itu pun kerana pihak Biologi UNIMAS ingin kami mengetahui apa yang bakal kami belajar jika kami berjaya meloloskan diri ke dalam fakulti tersebut setelah menamatkan pengajian asasi kami ini.
Aku dimasukkan ke dalam group yang ke-3 dan kami seharusnya menjelajah ke rumah mayat terlebih dahulu. Hah, mesti korang rasa takut kan, tapi kami semua teruja sangat nak pergi ke sana tapi kami dikecewakan oleh berita yang tak ingin kami dengar. Pihak pengurusan mempunyai masalah teknikal kerana pihak fakulti tidak mendapat berita tentang lawatan ke rumah mayat.
Walau apa pun, kami meneruskan perjalanan dengan menjelajah ke Makmal Pelbagai Ilmu. Di sana terdapat dua makmal pelbagai guna, dan makmal yang kami ditempatkan adalah di wet lab iaitu segala eksperimen dilakukan di situ. Pelbagai specimen yang dapat aku perhatikan. Banyak jenis roundworm ataupun nematode yang aku dapat lihat melalui electronic microscope. Setiap satu roundworm terdapat nama sains masing-masing dan salah satunya adalah ascaris lumbricoides.
Selain itu juga, aku dapat melihat nyamuk aedes juga anopheles larvae. Ada juga nyamuk tiruk dan aedes albopictus di makmal tersebut. Aku juga dapat melihat tapeworm ataupun cacing pita yang ada di dalam tubuh manusia. Sangat seronok bila dapat lihat benda yang susah untuk kita nampak dengan mata kasar kita. Tapi aku tak dapat explore kesemua haiwan kerana kesuntukan masa.
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke library di mana tempat pelajar-pelajar perubatan UNIMAS menelaah pelajaran. Setelah diberikan sedikit taklimat, kami diberi kebebesan untuk meninjau ke kawasan CAIS.
Benda pertama yang terlintas di fikiran aku adalah untuk mencari buku tentang Psikologi mahupun Psikiatri. Banyak juga buku-buku immunology dan neurology yang berkaitan dengan sllybus kami. Akhirnya, buku yang aku cari telah aku temui. Seronok tak terkata bila dapat melihat buku itu. Terdetik juga di hati, adakah ini kali terakhir aku akan menjejakkan kaki ke sini? Layakkah aku untuk meneruskan pengajian di sini? Tapi aku akan pastikan jika aku tak dapat memenuhi impian ku untuk menjadi psikiatrik, aku akan pastikan agar aku berjaya meloloskan diriku ke Fakulti Sains Kognitif. Terdapat juga buku Cognitif Science and Clinical Science. Tak tergambar rasanya hati nie, rasa ingin menitiskan air mata pun ada jugak, tapi cool lar kan.
Perjalanan kami diteruskan ke Muzium Anatomi dan Muzium Patologi. Di sana aku dapat melihat setiap apa yang ada di dalam tubuh manusia. Di Muzium Anatomi, tidak ada tubuh yang ori malah ianya semua made in china. Haha, itu hanya gurauan sahaja, semuanya adalah plastik sebenarnya. Tapi seakan-akan manusia, terdapat juga tubuh manusia yang dipotong satu persatu dari kepala sehingga ke kaki.
Di Muzium Patologi pula, semuanya adalah original belaka, tak main lar china china nie. Kebanyakannya diimport dari german mahupun hospital. Di situ, ada pelbagai bahagian dari hepatobillary system hinggalah ke bahagian breasts. Mesti korang pelikkan dengan nama tu, sebenarnya hepatobillary itu adalah bahagian liver yang bersatu dengan organ lain untuk membuat bile. Aku juga dapat melihat otak manusia dari pelbagai bahagian seperti bahagian cerebrum, cerebllum. Itu berada di bahagian nervous system. Terdapat juga larynx yang dibezakan dari segi well-differentiate and moderately differentiate. Sudah tentulah yang well-differentiate lebih cantik rupanya.
Bahagian gastric intestinal system sangat menarik perhatian aku kerana aku juga pangidap gastrik. Ada juga ditunjukkan perut-perut yang mengalami gastrik dan yang normal. Ada juga perut yang mengalami adenocarcinoma akibat dari pembahagian yang sangat perlahan. Ada juga yang mengalami zolinger ellison syndrome.
Kali ini baru aku dapat melihat bagaimana penyakit batu karang yang dialami oleh orang yang suka tahan kencing katanya. Tapi dari apa yang aku dengar, bukan itu sahaja, makanan laut juga menyumbang kepada penyakit ini. Lebih-lebih lagi makanan laut seperti kerang, oyster, lala dan sebagainya. Boleh makan tapi jangan selalu sangat and jangan makan banyak-banyak. Nasib lar, aku tidak berapa gemar makanan laut.
Terdapat juga skin and soft tissue yang menonjolkan bahagian kulit manusia dan memang manusia mempunyai terlalu banyak lapisan kulit. Huhh, tak sangka sebegitu banyak. Di sini, aku dapat melihat lipoma of the back dan malignant malanoma ataupun big toe. Terdapat juga artikel-artikel yang dipaparkan untuk bacaan seperti penyakit yang berkaitan dengan bisep ataupun trisep di bahagian limb dan ianya dikenali sebagai Kimura disease. Pertama kali aku dengar nama itu juga penyakit itu.
Lawatan ini memang tidak sia-sia kerana ia membuka mata aku juga yang lain tentang diri kami sendiri. Selain itu, ia membantu aku dalam menaikkan semangat untuk mengejar apa yang aku inginkan selama ini. Tarikh ini dan lawatan ini pasti sukar untuk aku lupakan dan aku berharap ini bukan yang terakhir tetapi permulaan. Insyaallah, aku redha apa yang dirancang untuk aku. Sekurang-kurangnya aku ada ilmu baru yang timba dalam lawatan ini dan aku masih menyimpan hasrat untuk mengunjungi rumah mayat. Hope dapatlah, hehe...
Sunday, 1 January 2012
Welcoming New Year
Happy New Year, setiap kali aku membuka lembaran facebook itulah yang aku nampak. Ucapan dan azam dari setiap orang dan tak putus-putus dari jam hampir 12 tengah malam hinggalah mencecah sekarang masih lagi yang mengucapkannya.
1 Januari 2012, aku pun tak sangka yang aku telah mencecah umur 19 tahun. Terasa tua pulak lah diri nie. Masing-masing bila sampai tahun baru ni, ada azam baru, walau ada yang masih meneruskan dengan azam lama yang masih belum langsai lagi. Ala, azam bila-bila boleh pasang yang penting ada semangat untuk mencapainya.
Agak rindu nak tinggalkan tahun nie sebenarnya. Terlalu cantik nombor yang tersusun 2011. Huh, terlalu banyak kenangan yang tersimpan di tahun ini dan mampukah aku untuk membawanya ke tahun ini??? Tahun ini, pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi Sarawak even my family pun tak pernah jejakkan kaki ke sini dan inilah masa yang tepat untuk bawa mereka merantau di bumi orang.
Sepanjang tahun ini jugak aku memberanikan diri di atas pentas yang tak pernah pun aku terfikir untuk naik. Rasa nak tergelak bila ingat segala kenangan tu. Tahun ni jugak aku ambil lesen walau hanya lesen L jerk yang sempat aku ambil, kira jadilah dari tak ada lesen langsung. Tapi apa guna gak sebenarnya, tetap tak reti bawak jugak.
Dengan ligat neuron-neuron mencari idea untuk ditulis di lembaran yang setelah sekian lama menunggu untuk diisi, dihibur. Entahlah, terasa tahun baru kali ini agak kurang bermakna kerana tidak dapat disambut bersama keluarga tersayang. Teringat kenangan sewaktu aku di rumah, ada suara yang berbicara dan memujuk hati bonda tersayang untuk pergi menjelajah ke Dataran Penggaram yang penuh dengan gelagat dan telatah manusia menyambut Tahun Baru. Begitu meriah sekali sambutan Tahun Masihi ini pada setiap tahun.
Dalam seumur hidupku juga, aku tak pernah memasang mahupun meletakkan niat atau azam yang ingin aku capai seperti manusia lain. Bukan tak ada tujuan serta objektif, bagi aku segala yang aku inginkan bukanlah dibuat pada tahun baru, ia akan terdetik secara automatik untuk melunaskan apa yang aku inginkan jika masanya tiba.
Kini aku adalah 19 dan aku harus percayakan itu. Aku sudah mencecah alam kedewasaan dan pengalaman aku bersama rakan-rakan hidup di perantauan yang tak berapa nak rantau nie, cukup memberi aku impak yang mungkin taak pernah aku rasa.
Siapa kata orang seperti aku yang duduk asrama yang sentiasa nak balik tiap-tiap minggu and every week mummy datang sebab rindu, tak boleh nak tinggal jauh. Inilah cabaran yang aku ambil. Yup, memang aku tak pernah naik bas even ada kawan yang cuba buat aku naik bas bila nak balik dari Muar ke Batu Pahat but still tak berjaya and sekarang aku boleh naik flight seorang diri tanpa meminta pertolongan parents untuk temankan aku untuk ke Kuching. Aku dah besar and aku perlu menjadi matang.
Bukan itu jerk, bagi aku umur 19 tahun masih lagi muda and memang muda pun sebenarnya just some of them dah fikir tentang jodoh, kahwin and itu membuatkan aku rasa nak pengsan bila dengar. Aku masih belum bersedia untuk semua tu and kalau boleh I don't want to think about that till I graduate. Hope belum tua lagi lah time tu, so, tak ada lar yang nak gelar aku anak dara tua. I'm afraid of that title okay.
Huh, apa sebenarnya yang aku inginkan tahun ini??? Tahun 2012 adalah tahun pengakhiran aku dalam asasi and bakal datang degree. But aku masih belum decide apa yang aku nak and I hope I choose the right one.
2011 is full with taste and now I survived to continue my life in 2012....
Welcome 2012 in my life and I hope I can put some tastes in this year too.
Salam Sayang,
Nabihah
1 Januari 2012, aku pun tak sangka yang aku telah mencecah umur 19 tahun. Terasa tua pulak lah diri nie. Masing-masing bila sampai tahun baru ni, ada azam baru, walau ada yang masih meneruskan dengan azam lama yang masih belum langsai lagi. Ala, azam bila-bila boleh pasang yang penting ada semangat untuk mencapainya.
Agak rindu nak tinggalkan tahun nie sebenarnya. Terlalu cantik nombor yang tersusun 2011. Huh, terlalu banyak kenangan yang tersimpan di tahun ini dan mampukah aku untuk membawanya ke tahun ini??? Tahun ini, pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi Sarawak even my family pun tak pernah jejakkan kaki ke sini dan inilah masa yang tepat untuk bawa mereka merantau di bumi orang.
Sepanjang tahun ini jugak aku memberanikan diri di atas pentas yang tak pernah pun aku terfikir untuk naik. Rasa nak tergelak bila ingat segala kenangan tu. Tahun ni jugak aku ambil lesen walau hanya lesen L jerk yang sempat aku ambil, kira jadilah dari tak ada lesen langsung. Tapi apa guna gak sebenarnya, tetap tak reti bawak jugak.
Dengan ligat neuron-neuron mencari idea untuk ditulis di lembaran yang setelah sekian lama menunggu untuk diisi, dihibur. Entahlah, terasa tahun baru kali ini agak kurang bermakna kerana tidak dapat disambut bersama keluarga tersayang. Teringat kenangan sewaktu aku di rumah, ada suara yang berbicara dan memujuk hati bonda tersayang untuk pergi menjelajah ke Dataran Penggaram yang penuh dengan gelagat dan telatah manusia menyambut Tahun Baru. Begitu meriah sekali sambutan Tahun Masihi ini pada setiap tahun.
Dalam seumur hidupku juga, aku tak pernah memasang mahupun meletakkan niat atau azam yang ingin aku capai seperti manusia lain. Bukan tak ada tujuan serta objektif, bagi aku segala yang aku inginkan bukanlah dibuat pada tahun baru, ia akan terdetik secara automatik untuk melunaskan apa yang aku inginkan jika masanya tiba.
Kini aku adalah 19 dan aku harus percayakan itu. Aku sudah mencecah alam kedewasaan dan pengalaman aku bersama rakan-rakan hidup di perantauan yang tak berapa nak rantau nie, cukup memberi aku impak yang mungkin taak pernah aku rasa.
Siapa kata orang seperti aku yang duduk asrama yang sentiasa nak balik tiap-tiap minggu and every week mummy datang sebab rindu, tak boleh nak tinggal jauh. Inilah cabaran yang aku ambil. Yup, memang aku tak pernah naik bas even ada kawan yang cuba buat aku naik bas bila nak balik dari Muar ke Batu Pahat but still tak berjaya and sekarang aku boleh naik flight seorang diri tanpa meminta pertolongan parents untuk temankan aku untuk ke Kuching. Aku dah besar and aku perlu menjadi matang.
Bukan itu jerk, bagi aku umur 19 tahun masih lagi muda and memang muda pun sebenarnya just some of them dah fikir tentang jodoh, kahwin and itu membuatkan aku rasa nak pengsan bila dengar. Aku masih belum bersedia untuk semua tu and kalau boleh I don't want to think about that till I graduate. Hope belum tua lagi lah time tu, so, tak ada lar yang nak gelar aku anak dara tua. I'm afraid of that title okay.
Huh, apa sebenarnya yang aku inginkan tahun ini??? Tahun 2012 adalah tahun pengakhiran aku dalam asasi and bakal datang degree. But aku masih belum decide apa yang aku nak and I hope I choose the right one.
2011 is full with taste and now I survived to continue my life in 2012....
Welcome 2012 in my life and I hope I can put some tastes in this year too.
Salam Sayang,
Nabihah
Subscribe to:
Posts (Atom)




















